Sebuah konglomerat dari Korea Selatan – LS Group, yang juga merupakan V.League ‘title sponsor’ bagi musim 2020 bakal menyambung pakej penajaan yang sama untuk 3 musim akan datang selepas sangat gembira dengan prestasi pada musim pertama mereka dalam liga domestik Vietnam.

Perkara ini telah dilaporkan oleh Zing News, dimana Pengerusi VPF Tran Anh Tu telah menerima permohonan dari syarikat itu untuk berbincang lanjut mengenai kontrak penajaan yang baharu, sebelum saingan liga ditamatkan lagi.

“Bagi kontrak (1 tahun) sebelum ini, kami dengan jelas menyatakan bahawa akan memberikan ruang dan masa kepada rakan penaja sebelum kami dibenarkan untuk mencari penaja yang lain.”

vpf

“Apa yang saya bangga adalah, sebelum tamat tempoh tersebut pihak LS Group sudah pun secara aktif menghantar proposal baharu dan kedua-dua pihak dengan pantas mencapai persetujuan penajaan 2 saingan liga iaitu V.League 1 dan V.League 2 selama 3 musim.”

“Selepas tamat musim 2020, rakan penaja menghargai (usaha) kami apabila berjaya menganjurkan kejohanan bola sepak profesional dalam situasi yang sukar disebabkan COVID-19. Dengan perjanjian baharu ini, nilai penajaan meningkat berbanding kontrak sebelum ini.

Kim Jong-pil yang tampil selaku wakil dari pihak penaja menjelaskan bahawa mereka kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh Vietnam sepanjang musim lalu.

“Walaupun berdepan dengan pandemik, kejohanan liga telah dijalankan dengan lancar dan kami percaya saingan untuk musim akan datang juga akan lebih berjaya lagi.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

RASMI: Fagiano Okayama Umumkan Lanjutan Kontrak, Hadi Fayyadh Kekal Di Jepun Buat Tahun Ke-3

Media Indonesia Jelaskan Syahrian Abimanyu Mungkin Dipinjamkan Ke Kelab Divisyen 2 Sepanyol

15 Kelab Bola Sepak Myanmar Lulus Perlesenan Kelab ACL Untuk Musim 2021, Paling Banyak Di ASEAN

Sumber