Apabila kita berada di negara orang, maka kita perlu belajar budaya, adat serta bahasa bagi menyesuaikan diri sekaligus mampu bertahan hidup di negara tersebut. Dalam kes ini, ada sesuatu yang menarik mengenai pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin.

Chanathip beraksi bersama kelab Consadole Sapporo dalam saingan J1 dan musim 2020 memasuki musim ketiga beliau bersama pasukan itu. Sebagai warganegara Thailand, sudah pasti Chanathip perlu menguasai bahasa Jepun bagi memudahkan komunikasi antara rakan sepasukan.

Komik
Sumber Gambar: PFAM

Bagaimana cara Chanathip belajar bahasa Jepun? Pemain yang mesra disapa Messi Jay itu menggunakan satu cara yang unik selain menjalani kelas bahasa.

Bekas pemain Muangthong United itu membeli salah satu komik terkenal di negara matahari terbit iaitu One Piece bagi memudahkan beliau untuk menguasai bahasa Jepun.

Komik
Koleksi komik One Piece milik Chanathip. Sumber Gambar: Reddit
Komik
Sumber Gambar: Reddit

Selain itu, komuniti Thailand yang terdapat di bandar Sapporo sedikit-sebanyak turut membantu pemenang Piala AFF Suzuki 2016 itu untuk menguasai bahasa Jepun.

Kini, Chanathip menjadi pembimbing kepada satu lagi pemain Thailand iaitu Kawin Thamsatchanan yang baru sahaja menyertai Consadole Sapporo bagi memastikan penjaga gol itu dapat menguasai bahasa Jepun.

Usaha yang ditunjukkan oleh Chanathip ini menjadi bukti bahawa seseorang pemain itu tidak akan berdepan sebarang masalah untuk menjalani kehidupan di luar negara sekiranya bijak untuk menyesuaikan diri.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:

Tonton Chanathip Songkrasin Sahut Cabaran ‘Timbang Tisu Challenge’ Rakan Sepasukan, 24 Kali Baru Jatuh

Chanathip Songkrasin Kecewa Consadole Sapporo Tewas Pada Perlawanan Pembukaan J1

Chanathip Songkrasin Mahu Bawa Consadole Sapporo Ke Pentas Asia Pada 2021