Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Erling Haaland tergelak ketika dia menonton rakaman semula kemungkinan aksi simulasi dari rakan sepasukan Norway beliau, Morten Thorsby ketika menentang Sweden.

Norway menang 2-1 ke atas saingan Scandinavia mereka dalam kumpulan H dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah pada hari Ahad, hasil dua jaringan daripada penyerang Manchester City yang akan datang.

Pemain muda Manchester United, Anthony Elanga sempat menjaringkan gol saguhati cantik masa kecederaan untuk Sweden dalam kekalahan yang mengecewakan di Friends Arena.

Haaland benar benar gembira dan bermotivasi selepas kemenangan itu. Walaupun dia sedar bahawa kemenangan mereka agak kontroversi.

Ini selepas  aksi penalti kelihatan agak lembut daripada insiden antara Emil Krafth dari Sweden dan Thorsby dari Norway.

Pengadil Anthony Taylor meniup wisel dan memberikan penalti.

Tayangan semula menunjukkan bahawa Thorsby sebenarnya telah malayangkan dan menerjunkan dirinya selepas menolak bola melepasi Krafth yang menghampiri kakinya.

Pemain Norway itu jelas menjangkakan sentuhan akan diterimanya, tetapi tidak berlaku, dengan Krafth merasakan bahawa pemain Norway itu akan dilayangkan kad kuning kerana terjun.

Haaland menjaringkan gol berikutan insiden penalti Norway yang meragukan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Haaland ditanya pendapatnya mengenai insiden itu. Dan dia menegaskan bahawa seharusnya tidak ada pertikaian kerana jika rakan dia menghantar bola kepadanya pada detik itu pun dia [Haaland] akan menjaringkan gol.

“Saya fikir jika dia hanya menghantar bola kepada saya, pun saya akan menjaringkan gol,” jawab Haaland.”

“Tetapi ianya memang kelihatan agak ‘separa simulasi’, saya harus katakannya,” akui Haaland yang mempersoalkan kekuatan cabaran itu.

Pemain berusia 21 tahun itu kemudiannya ditunjukkan rakaman itu, dengan wartawan memainkan semula insiden penalti sekali lagi, dan reaksinya mengatakan semuanya. Haaland kali ini benar benar yakin bahawa itu memang satu terjunan sengaja.

Haaland ketawa, tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa sambil menonton kembali kejadian itu, dan memberikan konteks yang agak lucu.

“Cara Itali, anda boleh katakan begitu dengan selamat. Itu sesuatu yang dia mesti bawa [belajar] dari Itali,” dakwa Haaland, merujuk kepada fakta bahawa Thorsby bermain bola sepak kelabnya dengan kelab Serie A Sampdoria, dan mencadangkan bahawa dia telah mempelajari seni simulasi di Itali.

Selepas menonton ulang tayang sekali lagi, dia mengubah sedikit pendiriannya dan menganggap memang ada sentuhan cuma Thorsby terlalu awal melakukan terjunan:

“Tetapi dia [Krafth] memang ada menyentuhnya… Nampaknya dia sedang diving, ya, saya harus katakan secara jujur, tetapi oh baiklah. Begitulah keadaannya,” kata Haaland yang semakin keliru untuk menjelaskan.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group