Pemain pertahanan Jepun, Koki Anzai sah menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Liga Portugal, Portimonense SC bagi saingan musim 2019/2020.

Portimonense bakal melengkapkan perpindahan Koki selepas pemain yang beraksi di posisi pertahanan kiri itu menjalani ujian kesihatan dalam masa terdekat.

Koki beraksi bersama Kashima Antlers dalam saingan J League 1 musim ini telah mengucapkan selamat tinggal kepada para peminat Kashima menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi kelab tersebut.

Koki Anzai

“Saya memohon maaf kerana meninggalkan kelab pada pertengahan musim. Tetapi, umur saya sudah menjangkau 24 tahun dan ini ialah peluang terakhir saya untuk beraksi di luar negara.

“Kepada jurulatih, rakan sepasukan, pengurusan kelab dan semua warga Kashima Antlers yang memberikan sokongan merupakan faktor utama saya dapat beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala Dunia kelab,” kata Koki Anzai menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kashima Antlers.

Koki Anzai
Sumber Gambar: The National

Koki berjanji akan menampilkan persembahan terbaik jika diberikan peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau akan menyertai seorang lagi pemain Jepun, Shuichi Gonda yang beraksi sebagai penjaga gol dan Hiroki Sugajima yang beraksi di bahagian serangan.

Saingan Primeira Liga musim 2019/2019 menyaksikan ketibaan pemain muda berbakat The Samurai Blue selain Koki seperti Shoya Nakajima yang menyertai FC Porto.