Jurulatih Barcelona, ​​Ronald Koeman sebelum ini dilaporkan tidak menyertakan nama Riqui Puig dalam perancangannya.

Ini kerana menurut Koeman merasakan Puig tak sesuai dengan corak taktikal beliau.

Lantas berlaku sedikit ketegangan di kalangan peminat Barcelona yang mengkritik Ronald Koeman di atas berita itu.

Puig turut disisihkan daripada aksi pra musim Piala Joan Gamper dan aksi berdepan Elche. Menguatkan lagi spekulasi bahawa Koeman benar benar mahu menendang pemain itu yak dirasakan tak cukup bagus untuk bersaing dalam pasukan utama.

Lalu, jurulatih Belanda itu mahu Puig mencari kelab lain untuk musim 2020/2021.

Namun Ronald Koeman menepis dakwaan itu. Sebaliknya beliau menyatakan beliau hanya mahu Puig dihantar secara pinjaman ke kelab lain untuk mendapatkan minit perlawanan lebih banyak.

Koeman berkata: “Saya mengesyorkan Riqui untuk pergi sebagai pemain pinjaman kerana pemain muda berbakat seperti dia harus bermain,” kata Koeman.

“Tidak benar bahawa Riqui Puig tidak ada dalam perancangan kami. Saya bercakap dengannya semalam. Saya bercakap dengan pemain muda lain. Mereka harus bermain. Mereka tidak boleh tidak bermain,” tambah Koeman lagi.

https://twitter.com/FCBarcelonaFl/status/1307416640380952577

“Dia [Puig], [Carles] Alena dan Pedri, saya telah memberitahu mereka bahawa sukar bagi mereka dan ada banyak persaingan.”

Diharap penjelasan Koeman ini menjernihkan keadaan melibatkan isu Koeman dan Puig.

Namun Puig dikatakan mahu terus kekal di Barca dan mencabar tempat dalam skuad utama musim ini.

Beliau mahu membuktikan dirinya mampu menjadi antara yang terbaik di Barca.

Baca juga perkembangan lain

Serie A: Debut Cemerlang Pirlo, Cristiano Ronaldo Terus Meledak

EPL: ‘Blunder’ Kepa Warnai Kekalahan Chelsea Di Tangan Liverpool

EPL: Spurs Berpesta Gol Atasi Southampton, Son Skor 4, Kane Assist 4 Dan Skor 1