Ronald Koeman tidak bersetuju dengan kenyataan Quique Setien yang menyatakan Lionel Messi adalah pemain yang sukar dikendalikan.

Kenyataan Setien baru baru ini menggambarkan bahawa Lionel Messi adalah pemain yang ego.

Koeman malah menyatakan Messi sangat mudah dikawal dan diuruskan. Messi merupakan pemain yang sentiasa menunjukkan “cita-cita” dan “watak kemenangannya.”

Quique Setien menggambarkan pemain bintang Argentina Messi sebagai pemain terhebat sepanjang zaman tetapi, beliau turut berkata: “Ada aspek lain selain pemain dan ia lebih sukar untuk dikendalikan. Jauh lebih sukar.”

Elu_KMkXEAEW7Q-

“Ini sesuatu yang melekat pada banyak atlet yang dapat dilihat dalam dokumentari Michael Jordan [‘The Last Dance’]. Anda melihat perkara-perkara yang tidak anda harapkan.”

“Saya berkata kepada Messi jika kamu tidak mahu mendengar apa yang saya katakan, pintu keluar ada untuk kamu. Namun Messi tidak memberikan sebarang respon” tegas Setien.

Koeman berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan khidmat Messi dalam saga perpindahan yang sangat rumit. Selepas Messi meminta dilepaskan.

Tetapi Koeman menegaskan bahawa dia tidak sukar menguruskan pemain yang dianggap oleh yang terbaik sepanjang zaman itu.

“Saya menghormati semua pendapat. Bagi saya Leo adalah pemain terbaik di dunia, saya melihat cita-citanya dan watak kemenangan,” katanya pada sidang akhbar menjelang pertembungan Liga Juara-Juara Eropah berdepan Dynamo Kiev di Camp Nou.

“Saya tidak menghadapi kesukaran untuk memimpin [dia]. Dia adalah kapten dan saya bercakap dengannya setiap minggu. Saya melihat perkara yang berbeza dari Setien dan saya tidak setuju [dengan pendapatnya].”

Baca juga perkembangan lain

Setien: “Messi Sukar Dikawal, Dia Buat Apa Dia Suka”

Bekas Pengadil: “Messi Patut Dapat Kad Merah Kerana Mengugut Pengadil”

Alaba ‘Panas’ Dengan Presiden Bayern Yang Memburukkan Imejnya Secara Terbuka