Jurulatih Barcelona Ronald Koeman mengatakan bahawa pasukannya tidak layak kalah berbanding dengan Real Madrid. Hal ini kerana menurut Koeman pasukannya bermain lebih baik daripada Real Madrid.

Barcelona terpaksa menelan kekalahan yang perit di tangan musuh tradisi, Real Madrid dalam el clasico.

Tiga gol Real Madrid adalah menerusi Fede Valverde, Sergio Ramos (p), dan jaringan memukau Luka Modric.

Sementara gol saguhati Barcelona dijaringkan oleh Ansu Fati.

Keputusan pastinya memberikan tekanan kepada Ronald Koeman. Beliau menganggap bahawa pasukannya tidak layak menerima kekalahan itu setelah menunjukkan permainan yang menarik.

Kerana menurut beliau Barcelona telah menunjukkan penguasaan besar sepanjang perlawanan terutama sekali sebelum penalti diberikan kepada Real Madrid.

Walaupun statistik menyatakan perlawanan agak seimbang dengan Barcelona hanya menguasai 53% perlawanan.

Pada awalnya, pengadil sendiri memutuskan untuk tidak memberikan penalti kepada Madrid. Namun, keputusan itu berubah setelah pengadil memutuskan untuk melihat ulangan pada VAR.

“Keputusan itu memberikan pengaruh besar pada keputusan akhir perlawanan ini kerana kami bermain dengan baik sehingga penalti diberikan,” tegas Koeman.

“Kami bermain dengan baik, kami mencipta peluang, dan sukar untuk memahami bagaimana kami kalah, kami tidak layak kalah setelah apa yang kami lakukan,” tambah Koeman lagi.

Koeman kemudian mendakwa, selepas lima perlawanan, tiada satu pun keputusan VAR digunakan untuk memihak kepada mereka.

Namun dalam perlawanan ini VAR digunakan dan ianya pula memihak kepada Real Madrid.

Koeman menuduh VAR menentang Barcelona dan tidak adil kepada pasukannya pada musim ini.

“Kenapa VAR hanya digunakan untuk menentang Barca? VAR boleh menjadi sangat bagus, namun untuk kesemua pasukan.”

Baca juga perkembangan lain

EPL: Azpilicueta Mahu Penalti Selepas Dikunci Maguire, Evra Teringatkan Hulk Hogan

EPL: Kontroversi VAR Hiasi Kebangkitan Liverpool

El Clasico: Real Madrid Aibkan Barca Di Nou Camp