Pengendali dan juga legenda Barcelona, Ronald Koeman mengakui beliau tidak tahu tentang masa depannya di Barcelona. Dan menyerahkan sepenuhnya kepada presiden Barcelona, Joan Laporta.

Laporta sebelum ini dalam manifesto calon presidennya pernah berkata bahawa beliau mahukan pengurus seperti Jurgen Klopp untuk mengendalikan Barcelona dan mahu menyingkirkan Ronald Koeman.

Selain itu nama Xavi Hernandez juga dalam senarai Laporta. Dengan Klopp yang nampak sangat selesa di Liverpool maka, Xavi adalah calon yang terbaik ketika ini selepas Guardiola melanjutkan kontraknya di Etihad.

Koeman merupakan pengurus yang dilantik sebelum Bartomeu meninggalkan kelab. Di mana Koeman mulai mendapat tekanan selepas Barcelona gagal tampil lebih baik dalam aksi La Liga walaupun memenagi 1 trofi domestik.

Paling mengecewakan adalah disingkirkan oleh PSG dengan agregat 5-2 dalam saingan kalah mati UCL.

Kontrak semasa Koeman akan berakhir pada Jun 2022.

Koeman merupakan pengurus yang membuat keputusan melepaskan Luis Suarez ke Atletico atas alasan pemain itu terlalu tua untuk bermain dalam pasukannya.

Agak ironi, Luis Suarez menjadi senjata utama Atleti untuk menjuarai La Liga dan membuatkan Barcelona kempunan lagi musim ini.

Selain itu, Lionel Messi sebelum ini pernah menyatakan rasa tak selesanya dengan corak pengurusan Koeman yang menyingkirkan pemain seperti Luis Suarez dan beberapa pemain lagi dengan cara seperti hanya dengan pesanan teks.

Ronald Koeman masih bergelut untuk membentuk Barcelona yang stabil dan konsisten. Beliau malah seringkali bertukar tukar formasi.

Lantas Koeman tidak menafikan bahawa tidak ada jaminan masa depannya di Barcelona akan selamat.

Koeman berkata: “Saya benar-benar tidak tahu adakah karier saya di Barcelona akan diteruskan. Kami bersetuju untuk bercakap pada akhir musim. Kami akan bercakap selepas musim berakhir.”

“Saya mahu memenuhi kontrak saya. Ada banyak perkara yang harus kita lakukan pada musim pertama ini, tetapi keputusan terakhir ada di tangan presiden kelab [Joan Laporta]. Kami akan bercakap dan kita akan lihat.”

Baca juga artikel

RASMI: Gol Suarez Pastikan Atletico Madrid Juara Dengan Persaingan Dramatik Hari Terakhir

TERKINI: Messi Umum Terus Kekal Bersama Barcelona

Messi Tak Perlukan Trofi Antarabangsa Untuk Menjadi GOAT