Pemain kacukan Malaysia-Jamaica, Kobe Jae Chong menyatakan beliau giat berusaha bagi mendapatkan kontrak profesional pertama bersama kelab di Eropah.

Dalam satu wawancara bersama Astro Arena, Kobe mengakui sukar bagi mendapatkan kontrak profesional bersama kelab di Eropah namun beliau akan terus berusaha dan bekerja keras bagi menarik minat kelab di sana.

Kobe Chong

Sumber Gambar: Facebook Kobe Chong

“Ya amat sukar. Akan tetapi jika anda mempunyai impian, tidak mustahil untuk anda merealisasikan impian tersebut dengan terus bekerja keras.

“Musim panas lalu saya hampir menandatangani kontrak bersama Brentford. Akan tetapi, perjanjian tersebut tidak dapat diteruskan pada saat akhir.

“Jelas saya kecewa tetapi saya masih mempunyai masa dan akan terus berusaha untuk mencapai status sebagai pemain profesional. Masih belum pasti mengenai destinasi saya musim hadapan,” kata Kobe Chong.

Kobe Chong

Aksi Kobe ketika bersama Cagliari. Sumber Gambar: Facebook Kobe Chong

Sebelum ini, Kobe Chong pernah beraksi bersama pasukan pembangunan beberapa kelab di Eropah seperti Cagliari dan Wolverhampton Wanderers.

Namun, setakat ini tiada pasukan yang menunjukkan minat untuk mengambil khidmat Kobe sekaligus menawarkan kontrak profesional kepada beliau.

Baca artikel lain mengenai Kobe Chong di sini:

Kobe Chong: Satu Penghormatan Besar Untuk Wakili Malaysia

Kobe Chong Beri Bayangan Beraksi Bersama Skuad Harimau Malaya

5 Pemain Berdarah Kacukan Mungkin Berada Dalam Radar FAM

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group