Dua pemain muda Malaysia yang beraksi di luar negara, Kobe Chong dan Omar Raiyan Kama Azlan mengucapkan tahniah kepada skuad B-22 tahun negara yang berjaya melayakkan diri ke temasya AFC B-23 Tahun yang bakal berlangsung di Uzbekistan tahun hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh Harimau Abroad di laman media sosial Twitter dimana kedua-dua pemain ini mempunyai potensi untuk dipanggil beraksi bersama skuad Brad Maloney pada temasya tahun hadapan

Pasukan negara berjaya memperoleh 7 mata dan tidak dibolosi sebarang jaringan selepas mengharungi tiga perlawanan. Malaysia berjaya menewaskan Laos dan Mongolia dan kemudiannya mencatat keputusan seri ketika menentang Thailand sekaligus muncul juara kumpulan J.

Pemain Terengganu, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar menjadi wira pasukan negara dimana beliau menjaringkan satu gol pada perlawanan menentang Laos dan Mongolia. Dua gol jaringannya juga kekal menjadi gol yang dihasilkan oleh pasukan negara dalam aksi kelayakan kali ini.

Kobe Chong dan Omar Raiyan dilihat mampu untuk memberi kekuatan dan kelebihan yang tersendiri sekiranya dipanggil untuk beraksi bersama skuad B-22 tahun negara.

Kobe Chong
Sumber Gambar: Harimau Abroad

Kedua-dua pemain mempunyai pengalaman yang luas beraksi dengan beberapa kelab di Eropah dan pengalaman yang dimiliki boleh digunakan dengan sebaiknya oleh pasukan negara bagi memastikan mereka mempunyai kekuatan penuh apabila beraksi di Uzbekistan nanti.

Namun, Brad tidak boleh meminggirkan bakat yang ada dalam saingan Liga Malaysia terutamanya pemain yang dibawa beraksi di Ulaanbaatar kerana mereka sudah menampilkan prestasi cemerlang serta komitmen penuh bagi memastikan Malaysia layak ke temasya AFC B-23 Tahun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad B-22 tahun negara di sini:

Airfan Doloh Datang Bersembang Dengan Pemain Malaysia Guna Bahasa Malaysia Curi Tumpuan Media

Malaysia Layak Ke Piala Asia B-23 Dengan Rekod Bersih Tanpa Bolos

“Malaysia Yang Layak, Penyokong Pasukan India Yang Koyak.” – Kutuk AFC Berkiblatkan Politik Dan Minyak