Pemain kacukan Malaysia-Jamaica, Kobe Jae Chong memberikan sebab utama mengapa beliau tidak menyertai kem latihan pusat skuad B-19 tahun negara pada Julai dan Ogos lalu.

Menerusi laman media Twitter miliknya, Kobe menjelaskan beliau mempunyai beberapa peluang di UK, selain terdapat tempoh kuarantin selama 14 hari yang diwajibkan oleh kerajaan Malaysia ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Kobe tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai peluang tersebut namun beliau seolah-olah memberi penekanan bahawa tempoh kuarantin selama 14 hari boleh bakal mengganggu peluang yang dimiliki.

Ramai pihak menjangkakan Kobe akan menyertai sesi latihan skuad B-19 tahun negara memandangkan beliau pernah menyuarakan minat untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya selain berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelumnya.

Kobe Chong
Sumber Gambar: Instagram Story Kobe Chong

Namun, perkara tersebut tidak menjadi kenyataan dimana hanya seorang lagi pemain yang bertapak di luar negara, Wan Kuzri Wan Kamal yang menyertai kem latihan pusat.

Saingan AFC B-19 Tahun ditunda ke tahun hadapan dan Kobe dilihat masih lagi berpeluang untuk memperkuatkan skuad B-19 tahun negara.

Baca artikel lain mengenai Kobe Chong yang telah kami sediakan di sini:

Kobe Chong Wajar Dipertimbangkan Untuk Barisi Skuad B-19 Tahun Negara

Kobe Chong Giat Berusaha Dapatkan Kontrak Profesional Bersama Kelab Eropah

Kobe Chong: Satu Penghormatan Besar Untuk Wakili Malaysia