Pemain kacukan Malaysia-Jamaica, Kobe Chong menegaskan beliau tidak akan menolak panggilan skuad kebangsaan Malaysia pada masa akan datang sekiranya diberikan peluang.

Dalam satu temu bual bersama Harimau Malaya, Kobe menegaskan beraksi bersama Malaysia adalah satu perkara yang akan membuatkan keluarganya bangga.

Kobe Chong
Kobe Chong

“Sudah pasti saya mahu membuatkan keluarga saya bangga. Ianya satu perkara yang saya mahu lakukan. Itu adalah salah satu sebab kenapa saya mahu melawat Malaysia pada musim panas nanti.

“Saya mahu mengenali negara yang akan saya wakili. Satu perkara baik apabila saya dapat beraksi bersama Malaysia. Waktu akan menentukan,” katanya.

Sebelum ini, hasrat Kobe Chong untuk beraksi bersama pasukan negara terhalang ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Kobe sepatutnya menyertai pasukan negara bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Namum pemain itu tidak dapat memasuki Malaysia kerana pandemik.

“Saya sepatutnya datang ke Malaysia pada tahun ini dan mengikut perancangan mula menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

“Mereka (FAM) ada menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan setakat ini bersetuju mewakili negara di pentas antarabangsa,” katanya.

Kobe Chong
Sumber Gambar: Rock Sports Management

Terdapat juga pendapat yang mahukan Kobe untuk beraksi bersama skuad B-23 tahun negara yang akan bersaing pada kejohanan AFC B-23 di Uzbekistan pada Jun ini.

Sebelum ini, ketua jurulatih skuad B-22 tahun negara, Brad Maloney menegaskan pintu sentiasa terbuka untuk mana-mana pemain dalam dan luar negara yang mahu beraksi bersama pasukan negara pada temasya AFC B-23 tahun.

Selain Kobe, pemain seperti Omar Raiyan (Red Star Belgrade), Wan Kuzri, Haddi Fayyadh (Azul Claro Numazu) serta beberapa pemain lain yang beraksi dalam saingan liga tempatan seperti Shahrul Nazeem, Danial Asri (Selangor) dan Arif Aiman, Alif Mutalib (Johor Darul Ta’zim) menjadi antara pemain yang dianggap mampu untuk menambah kekuatan pasukan negara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Afro Tekad Pastikan Selangor Menang Tanpa Bolos Dalam Perlawanan Seterusnya

Subkhiddin Salleh Anggap Liga Malaysia Belum Bersedia Gunakan Khidmat VAR

Junior Eldstal Mungkin Kembali Beraksi Bersama Johor Darul Ta’zim