Pengarah Urusan RB Leipzig semalam mengatakan Chelsea belum mengaktifkan klausa pelepasan Werner, tetapi menegaskan bahawa Timo Werner kini berada di driving seat untuk menentukan masa depannya.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp diminta untuk memberikan komen tentang Timo Werner dan Kai Havertz. Ini selepas dua pemain itu dikaitkan dengan Liverpool.

Namun Klopp sepertinya sudah terlepas Werner kepada Chelsea pada kali ini.

Klopp memuji dua pemain tersebut yang menurutnya, berada dalam kalangan pemain terbaik di Eropah pada ketika ini.

Klopp mengesahkan kekagumannya terhadap kedua pemain senegaranya, tetapi menjelaskan bahawa Liverpool kini berada dalam keadaan sukar untuk mendapatkan pemain bintang kerana masalah kewangan daripada Covid-19.

Klopp enggan memberikan komen tentang perpindahan pemain itu. Namun lebih senang untuk memberikan pujian kepada kedua duanya.

“Ada ramai pemain bagus di planet ini,” kata Klopp kepada Sky Jerman.

“Timo Werner adalah pemain yang hebat, Kai Havertz adalah pemain yang hebat.”

Diminta mengulas tentang sambungan semula liga, Jurgen Klopp menyatakan bahawa setiap orang sekarang ini berusaha untuk menggunakan kesempatan daripada peluang yang sedikit untuk menamatkan liga sebaiknya.

Dan beliau menyatakan, mustahil untuk kesemua orang yang terlibat tidak risau dengan apa apa yang berlaku pada ketika ini.

“Masa yang tepat, peluang – semuanya harus disatukan. Enam, tujuh minggu yang lalu, kami tidak tahu apakah kami dapat bermain lagi tahun ini.”

Jurgen-Klopp-Liverpool-Watford-TEAMtalk

“Sekiranya kami tidak bermain pada separuh kedua musim ini, kami akan berfikir, OK, bilakah anda boleh bermain bola sepak lagi? ‘ Dan sekarang ia bermula dengan segera.”

“Kita menunjukkan seolah-oolah semuanya sudah diselesaikan. Ia tidak dapat diselesaikan.”

“Kita menggunakan ruang ini yang kami tinggalkan untuk bermain bola sepak lagi.”

“Semua yang lain yang berlaku, kita semua haris lihat juga.”

“Pada ketika ini, kita tidak boleh berpura-pura bahawa semuanya akan berjalan lancar.” baiklah pada masa akan datang. ”

Baca juga perkembangan lain

Sanco Label DFL Sebagai Komedi Selepas Mendendanya Kerana Melanggar Penjarakan Sosial

“Macam Saya Cakap Sebelum Ini Datuk Saya Berasal Dari Malaysia, Bapa Saya Pun Dari Malaysia Juga.” – Marcel Kalonda

Thai FA Secara Rasmi Umumkan Tarikh Baki 3 Perlawanan Kelayakan Piala Dunia, Lawan Malaysia 17 November 2020