Liverpool meraikan kemenangan besar 5-1 ke atas Porto dalam aksi Liga Juara Juara Eropah. Dan skuad bimbingan Jurgen Klopp sudah meraih 6 mata penuh daripada dua perlawanan setakat ini.

Liverpool berjaya mendapatkan rentak awal dalam perlawanan ini. Menjaringkan gol pembukaan menerusi Mohamed Salah pada minit ke-18.

Sebelum wisel rehat ditiup, Sadio Mane menambah gol kedua menerusi satu gol mudah.

Pada separuh masa kedua, Liverpool menambah 3 lagi gol. Mohamed Salah menjaringkan gol ketiga Liverpool minit ke-60.

Dan kemudian, pemain gantian, Roberto Firmino menambah 2 lagi gol. Gol saguhati tuan rumah adalah menerusi Mehdi Taremi pada minit ke-74.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Klopp menyatakan bahawa Liverpool banyak belajar daripada aksi berdepan Brentford sebelum ini.

Klopp juga berpendapat bahawa Porto pastinya menganalisis perlawanan tersebut kerana dalam aksi di Estadio Do Dragao, pasukan tersebut menggunakan pendekatan sangat direct.

Mujur Liverpool sudah memperbaiki kelemahan kelemahan mereka ketika bertahan.

Klopp pada masa yang sama menzahirkan rasa simpatinya ke atas Porto kerana pasukan tersebut beraksi dengan skuad pincang di pertahanan.

Dua pemain bek utama mereka tidak dapat beraksi dalam aksi tersebut. Ia jelas memberikan kesan kepada mereka. Di mana Porto melakukan banyak sekali kesilapan yang mengundang padah.

Klopp menegaskan: “Porto ada masalah besar pada hari ini. Seorang pemain bek tengah mereka mendapat kad merah sebelum ini, Chancel Mbemba – dan digantug untuk perlawanan ini.”

“Pepe pula tidak dapat bermain pada saat akhir kerana mengalami kecederaan ketika sesi memanaskan badan. Mereka tidak memiliki pasangan bek tengah yang kerap bermain bersama sama.”

“Itu memang menyukarkan mereka sama sekali.”

“Dari segi persembahan, mereka bermain baik secara keseluruhannya. Porto jelas sekali menyaksikan aksi kami berdepan Brentford sebelum ini, sebab mereka terus memulakan perlawanan ini dengan sangat ‘direct’.”

“Kami menangani isu itu di atas padang, selangkah demi selangkah.”

Seterusnya Klopp memuji prestasi anak anak buahnya yang berjaya meraih kemenangan yang sangat penting.

Baca juga artikel

Real Madrid Dikejutkan Kelab Moldova Sheriff, Ancelotti Kecewa Nasib Tidak Menyebelahi

CEO Dortmund Dedahkan Sancho Sertai Man United Demi Kesebelasan Utama England

ESL: UEFA Umum Tamatkan Tindakan Perundangan Ke Atas Real, Barca Dan Juve