Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menyalahkan padang yang kering sebagai punca kepada keciciran mata pada hari pembukaan kempen EPL Liverpool.

The Reds mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang pasukan baru naik promosi Fulham. Liverpool hampir sahaja terjerumus ke lembah kekalahan, mujur kehadiran Darwin Nunez memberikan impak untuk mereka.

EPL: Nunez Skor 1, Assist 1, Selamatkan Liverpool Daripada Kekalahan

Aleksandar Mitrovic menjaringkan dua gol untuk pasukan tuan rumah tetapi gol daripada pemain gantian Darwin Nunez dan kemudian Mo Salah bermakna naib juara musim lalu berjaya mengutip satu mata kembali ke Anfield.

Klopp mengakui ini adalah perlawanan yang sangat sukar. Ini kerana Liverpool gagal mendapatkan rentak mereka dan bermain dengan rentak lawan.

Bercakap kepada BT selepas perlawanan, Klopp berkata: “Kami mendapat satu mata daripada perlawanan yang sangat teruk daripada pasukan saya jadi sekarang ia adalah persoalan ‘Bagaimana ia boleh berlaku?'”

“Sikap yang kami tunjukkan pada permulaan perlawanan adalah tidak betul. Dan kemudian kami mahu melawan tetapi ia tidak lagi mudah buat kami.”

“Pada mereka kering, perkara seperti ini, kami bermain dengan ‘kad’ mereka pada kebanyakan masa.”

Klopp merasakan bahawa 1 mata adalah keputusan yang baik kerana pasukannya tidak berhak mendapat kemenangan daripada perlawanan ini kerana beraksi di bawah kualiti sebenar.

“Keputusannya baik, saya rasa kami tidak layak lebih daripada itu tetapi prestasi kami boleh dipertingkatkan secara besar-besaran selepas ini.”