Keputusan seri 1-1 yang dicatatkan pada pertemuan menentang Tottenham Hotspur tempoh hari menyaksikan peluang Liverpool untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 kelihatan agak tipis.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Ketika anak buah Jurgen Klopp gagal meraih kemenangan di laman sendiri, Manchester City yang berusaha keras untuk mempertahankan kejuaraan pula dengan tenang berpesta jaringan menundukkan Newcastle United 5-0 untuk terus di singgahsana liga dengan kelebihan tiga mata.

Dengan berbaki tiga lagi perlawanan, Liverpool akan berhadapan dengan Aston Villa, Southampton dan Wolves manakala The Cityzens pula bakal menanti cabaran Wolves, West Ham dan Aston Villa.

Ketika ramai yang beranggapan Manchester City bakal dinobatkan selaku juara musim ini, Klopp masih optimis skuad kendaliannya mampu untuk melakar kejayaan.

Kredit Foto: Liverpool

“Saya tidak pasti saya akan mengatakan ya [persaingan EPL sudah berakhir] kerana saya fikir itu sudah jelas. Jelas semuanya masih belum berakhir dan apa sahaja boleh berlaku,” ujar Klopp menurut laporan ESPN.

“Kami masih mempunyai tiga perlawanan untuk dihadapi dan kebimbangan saya adalah bagaimana kami dapat memenangi ketiga-tiga perlawanan tersebut dan saya tidak mahu memikirkan tentang bagaimana Manchester City mahu menang.

”Kami tidak akan berhenti percaya, itulah yang akan kami lakukan. Sebagai manusia, kita boleh memutuskan sendiri bagaimana kita melihat perkara ini. Terdapat fakta tetapi kita dibenarkan untuk mengabainya.”

“Saya cuba untuk membantu para pemain untuk melihat situasi yang dihadapi ini seperti cara saya sendiri,” tambah Jurgen Klopp lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak di seluruh dunia:

Tragedi Sukan SEA: Pemain Kemboja Hampir Maut Tertelan Lidah

Kelab Jepun Berminat Dapatkan Khidmat Kritsada Kaman

Keisuke Honda Anggap Beraksi Di Sukan SEA Bukan Satu Perkara Mudah