Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Jurgen Klopp menegaskan Liverpool telah cuba sedaya upaya untuk menang berdepan Newcastle dengan persembahan yang beliau katakan boleh diperbaiki lagi

Liverpool menamatkan tahun 2020 dengan keputusan seri di Newcastle. Beberapa hari selepas seri dengan West Brom sebelum ini.

Itu bukan hasil yang diharapkan, terutama sekali Liverpool memiliki rekod unggul berdepan Newcastle dalam beberapa musim terakhir.

Namun, tuan rumah memperoleh mata hasil kerja jeras mereka. Liverpool kini hanya 3 mata di hadapan Man United yang berada di tangga kedua. Dengan pasukan seteru mereka itu masih ada 1 perlawanan dalam tangan.

Walaupun kehilangan peluang untuk menjarakkan diri lima mata, Klopp tidak terlalu kecewa dengan persembahannya.

Klopp berkata kepada BBC Sport: “Liga Perdana Inggeris adalah liga hanya untuk pasukan yang bagus beraksi di dalamnya. Kami mempunyai peluang besar. Lawan kami beraksi baik sepanjang malam.”

“Anda mungkin tidak menyangka saya harus memberikan penghormatan kepada pasukan saya tetapi saya suka persembahan mereka. Ia sangat baik.”

“Bolehkah kita bermain bola sepak yang lebih baik? Ya, tetapi dalam perlawanan ini kami melakukan lebih daripada cukup untuk menang.”

Klopp kemudian agak kecewa dengan kualiti penyudah Liverpool yang tumpul. Penjaga gol Newcastle Karl Darlow mempamerkan aksi memukau menafikan beberapa peluang terhidang lawan.

“Saya rasa kami mempunyai empat peluang 100% gol. Kami pernah menang menentang Newcastle sebelum ini dengan peluang yang lebih sedikit daripada malam ini.”

salah

“Malam ini kami tidak melakukannya tetapi kami menerimanya.”

“Saya gembira dengan perkara yang saya lihat malam ini dan saya benar-benar baik baik sahaja dengannya.”

“Para pemain saya kecewa dan memang begitu –  tetapi bukan kecewa mengenai persembahan. Ini adalah asas untuk membangunkan diri selama beberapa hari, minggu, bulan. ”

Klopp kemudian menyatakan kegembiraannya dengan kepulangan semula Thiago Alcantara.

Klopp berkata: “Kami dapat melihat lebih banyak momen yang menunjukkan betapa bagusnya dia.”

PA.57336238

“Sekarang kita harus melihat bagaimana dia bertindak balas dan semua perkara itu. Kami mempunyai satu lagi perlawanan dalam empat hari lagi.”

“James Milner bermain permainan super di bahagian tengah setelah berehat kerana kecederaan.”

Klopp juga memuji Nat Philipps dengan berkata: “Nat Phillips melakukan tugasnya, sangat kuat memberikan 100%  menentang penyerang lawan.”

“Permainan yang sangat bagus tetapi bukan hasil yang kami mahukan.”

Baca juga perkembangan lain

Mourinho Sahkan Bale Cedera Lagi

Diikat Eibar, Koeman Tak Yakin Barca Mampu Juara, Anggap Atletico Semakin Kuat

Rashford Jaring Gol Kemenangan Dramatik Pada Masa Kecederaan