Jurgen Klopp dengan nada agak emosional menyatakan bahawa Liverpool sudah tak berada dalam persaingan kejuaraan liga dan tidak mempertahankan kejuaraan.

Liverpool kini 13 mata di belakang Manchester City. Klopp menegaskan adalah mustahil untuk Liverpool merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga.

Liverpool menelan kekalahan keenam mereka musim ini di King Power Stadium.

Di mana kesilapan Alisson yang bertembung dengan Ozan Kabak telah mewarnai hari malang Liverpool.

Liverpool di hadapan menerusi Mohamed Salah. Namun Leicester bangkit dengan 3 gol menerusi James Maddison, Jamie Vardy dan Harvey Barnes.

Ditanya sama ada Liverpool sudah mengibar bendera putih, Klopp berkata: “Ya, sukar untuk saya percaya, namun jawapannya ya.”

“Sejujurnya, saya tak rasa kami boleh merapatkan jurang mata pada tahun ini. Kita harus memenangi perlawanan. Namun sebahagian besar aksi kita hari ini adalah bagus sekali.”

“Kita harus cuba mengelakkan kesilapan dan kesalahfahaman di atas padang. Dalam dua situasi hari ini, kami tidak melakukannya. Itulah bagaimana pemain kami membenarkan lawan menjaringkan dua gol tersebut.”

“Keputusan memang sangat berkaitan dengan prestasi, kita cukup bagus hari ini untuk memenangi perlawanan. Namun kita melakukan beberapa kesilapan pada babak babak akhir.”

“Sebelum perlawanan kita semua tahu Ozan pemain yang sangat bagus. Namun dia tidak biasa dengan cara permainan kami. Ali seorang penjaga gol yang ofensif dan suka keluar daripada golnya.”

“Apabila kamu baru, biasanya perkara ini berlaku dalam pra musim. Malangnya itu tak terjadi.”

“Kita sudah tak kisah lagi pasal persaingan kejuaraan, kita bukannya bodoh.”

“Kita ada perlawanan sukar pada Selasa dan derbi pada minggu hadapan. Itu yang kami fikirkan sekarang.”

Baca juga perkembangan lain

EPL: Liverpool Kalah Lagi, Alisson Buat Kesilapan Ngeri Sekali Lagi

RASMI: Bayern Tewaskan Liverpool Dan Chelsea Untuk Dapatkan Upamecano

Bayern Munich Juara Dunia Dengan Sextuple