Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengamuk dengan keputusan pengadil yang hanya memberikan kad kuning kepada Harry Kane.

Keadaan lebih mengecewakan Klopp kerana selepas itu pengadil, Paul Tierney melayangkan kad merah keapda Robertson.

Bertempat di Stadium Tottenham Hotspur, perlawanan Spurs menentang Liverpool berkesudahan dengan jaringan 2-2.

Spurs mendapat dua gol menerusi dua penyerang utama mereka, Son Heung-min dan Harry Kane.

Sementara itu, The Reds pula mendapat gol daripada Diogo Jota dan Andrew Robertson.

Namun dalam aksi tersebut, Klopp ternyata merasakan bahawa Kane seharusnya dibuang padang terus oleh pengadil.

Ini selepas pemain itu melakukan bentesan dengan menapak kaki pemain pertahanannya, Andy Robertson.

Ketika memasuki terowong bilik persalinan, Klopp menunggu pengadil, Paul Tierney.

Klopp membantah beberapa keputusan Tierney yang dilihat banyak tidak pasukannya dan kontroversi.

Salah satu keputusan Tierney yang menyebabkan kemarahan Jurgen Klopp meletus apabila pengadil itu tidak mendapat kad merah Harry Kane kerana melakukan terjahan ngeri terhadap Andrew Robertson.

Tindakan Tierney hanya memberikan kad kuning kepada penyerang England itu dilihat sebagai keputusan yang terlalu “baik”.

Klopp berkata kepada Tierney: “Kamu tak pernah bermain bola sepakkah?”

Klopp terus mengamuk dengan situasi tersebut. Selepas tamat perlawanan, Klopp mberkata:

“Ok, kami boleh katakan kamu boleh memberikan kad merah kepada Robbo sebab bentesan yang dia lakukan itu memang tidak bijak dalam kariernya.”

“Namun Harry Kane, kelas sekali ianya kad merah,” kata Klopp.

“Jika kedudukan kaki Robertson berada di atas tanah, kaki [Robertson] boleh patah.”

“Kita mempunyai VAR di sana dan dia berfikir untuk melihat semula Robertson sekali lagi.”

“Nah untuk itulah sebab VAR berada di sana. Tetapi apa yang dia lakukan dalam situasi itu tadi?,” kata Jurgen Klopp.

Klopp turut menyatakan bahawa Diogo Jota seharusnya mendapat penalti. Namun pengadil menyatakan bahawa Jota berhenti bergerak ketika bentesan tiba.

“Encik Tierney memberitahu saya bahawa Diogo [Jota] sengaja berhenti kerana dia mahukan kesalahan,” tambah Klopp lagi.

Dengan keputusan seri itu, Liverpool kekal di tangga kedua dalam carta liga, 3 mata di belakang Manchester City. Walaupun hanya kalah sekali musim ini, namun skuad Jurgen Klopp sudah mencatatkan 5 keputusan seri daripada 18 perlawanan awal musim menjelang Natal.

Manchester City terus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas dengan mengutip 3 lagi mata.

Namun Liverpool pasti menarik nafas lega apabila Chelsea turut keciciran mata berdepan dengan Wolves. Anak anak buah Thomas Tuchel kini meneruskan rekod kurang memuaskan dalam beberapa perlawana terakhir mereka.

Chelsea hanya menang 2 kali dalam 7 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.