Jurgen Klopp percaya bos Leeds United, Marcelo Bielsa, menjadi inspirasi kepada dunia bola sepak. Klopp berkata begitu ketika kedua dua jurulatih yang hebat itu bersiap sedia untuk memulakan aksi Liga Liga Perdana Inggeris.

Bekas pengurus Argentina, Chile dan Athletic Bilbao Bielsa telah mengubah nasib Leeds sejak tiba di Elland Road pada tahun 2018. Beliau memimpin Leeds memenangi gelaran juara musim lalu setelah gagal dalam play-off 2018/19.

Gaya permainan dengan tekanan tinggi yang diamalkan oleh Bielsa telah membuat peminat di seluruh dunia telah membuatkan Klopp kagum dan berbesar hati menunggu kepulangan Leeds ke Anfield pada hari ini.

“Saya mengaguminya. Namun saya tidak begitu banyak info lebih mendalam tentangnya kerana tidak begitu rapat dengan beliau secara peribadi.”

“Saya menyaksikan pasukannya bermain dan itu sangat luar biasa. Selebihnya saya dapat informasi daripada surat khabar dan yang lain.”

“Kami mempunyai pendekatan yang berbeza. Ada persamaan tetapi ada juga perbezaan besar.”

“Saya menyukainya, tanpa mengenalinya, sebagai watak yang tepat.”

“Mungkin kerja paling sukar bagi kita semua. Saya tidak fikir kita dapat bersaing dengannya di kedudukan itu.”

thumb_110514_default_news_size_5

Klopp tergelak kecil ketika mengingat kembali dokumen maklumat taktikal yang disampaikan Bielsa dari persiapan Leeds untuk menjadi tuan rumah Derby County tahun lalu.

“Ketika saya memikirkan analisisnyua tentang permainan Derby … ada beberapa maklumat mengenai lawan. Kami mempunyai banyak maklumat, saya tidak pasti kami mempunyai jumlah yang sama banyak dengan beliau ada,” ingat Klopp.

“Kami tidak melihat orang yang mencurigakan di sekitar tempat latihan kami minggu ini, jadi semuanya baik-baik saja,” tegas Klopp dalam nada berseloroh.

“Saya sangat tidak sabar untuk bertemu dengannya. Dia menjadi inspirasi bagi semua jurulatih kerana apa yang dilakukannya, dia tetap bertahan, mendorong dirinya dan berjaya dengannya.”

“Itu membuatkan beliau benar-benar menarik dalam bidang ini.”

Baca juga perkembangan lain

Mendy Pengganti Kepa Arrizabalaga, Terbang Ke London Untuk Selesaikan Perpindahan

Ozil: “Kalau Saya Tak Nak Menang Piala, Jadi Saya Harus Pergi Ke Spurs”

RASMI: Sandro Tonali Bangga Jadi Nombor 8 Baru Milan, Sudah Minta Izin Gattuso Terlebih Dahulu