Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp membandingkan Louie Barry dengan bekas penyerang antarabangsa England iaitu Jamie Vardy. Klopp menganggap pemain berusia 17 tahun itu sebagai Jamie Vardy cilik.

Aston Villa terpaksa menurunkan skuad B-23 mereka kerana wabak koronavirus yang menjangkiti pasukan utama mereka.

Dalam aksi di Villa Park, Louie Barry telah menjaringkan gol yang tidak disangka sangka pada separuh maas pertama. Di mana pemain muda itu dengan tenang melakukan lencongan rendah menewaskan Kelleher.

Barry menyatakan itu adalah momen paling membanggakan dalam hidupnya.

Villa ketinggalan seawal minit ke-4 menerusi gol Sadio Mane. Liverpool kemudian bergelut mencari gol kedua berhadapan dengan pasukan budak sekolah Aston Villa.

4 minit sebelum wisel rehat, Louie Barry, yang sebelum ini pernah beraksi untuk akademi La Masia, telah melepasi perangkap ofsaid dengan larian deras, menjaringkan gol penyamaan.

Kem Aston Villa meraikan gol tersebut dengan girang sekali. Klopp kagum dengan prestasi pemain muda itu.

“Pemain pemain melakukan tugas dengan baik. Jami Vardy cilik hari ini memberikan ancaman yang sangat baik.”

Klopp menerima kritikan kerana menurunkan ramai pemain utama dalam aksi Piala FA dengan pasukannya berdepan dengan banyak krisis kecederaan. Klopp menurunkan Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Pada masa yang sama, tindakan Klopp dianggap agak keterlaluan. Namun Klopp menyatakan mereka sudah menyediakan set pemain untuk perlawanan ini beberapa minggu lalu – tanpa menyangka Aston Villa tidak akan dapat beraksi dengan pasikan utama.

Selain itu Klopp juga menjelaskan bahawa pasukannya sudah digilirkan. Walaupun tidak keseluruhan.

“Ya kita sudah melakukan penggiliran. Kita membuat enam pertukaran. Tapi kami mungkin boleh menggilirkan sehinggan 8 atau 9 pemain. Tapi itu terlalu banyak untuk perlawanan piala FA.”

“Tiada kaitan dnegan covid. Pada kali ini ada skuad kami dan kesemua mereka negatif, dan kami memiliki pilihan boleh menggunakan mana mana pemain yang tersedia.”

“Ada dua atau tiga pemain muda yang berlatih dengan skuad utama sebelum ini. Kami bersedia semalam untuk aksi berhadapan pasukan utama Villa, dan kami mahu bermain dengan pasukan yang kami sudah tetapkan.”

Klopp mengakui pasukannya tidak mendapat keputusan yang mereka harapkan pada separuh masa pertama namun tampil lebih baik untuk separuh masa kedua dengan menambah 3 gol lagi.

Sadio Mane, Mohamed Salah dan Gini Wijnaldum menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

Baca juga perkembangan lain

Bundesliga: Mendahului 2-0, Bayern Kalah 3-2 Di Tangan Gladbach

Calon Presiden Tak Yakin Messi Akan Kekal Musim Hadapan

Valbuena Heret Benzema Ke Mahkamah Sekali Lagi Berkaitan Video ‘Panas’ Pada 2015

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group