Jurgen Klopp menghamburkan pujian kepada Pep Guardiola dengan melabel seterunya itu sebagai pengurus terbaik di dunia ketika ini.

Liverpool akan berkunjung ke Etihad dalam aksi antara pasukan teratas dan pasukan di tangga kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris. Di mana hanya 1 mata memisahkan mereka pada ketika ini.

Hanya kemenangan yang membolehkan Liverpool berpeluang untuk menjuarai EPL musim ini. Hal ini kerana jika seri sekalipun, Manchester City akan berada di landasan terbaik untuk kejuaran liga.

Klopp berkata: “Tiada perlawanan di dunia ini yang kamu boleh bandingkan dengan aksi berdepan Manchester City kerana mereka serba serbi bagus di semua bahagian.”

“Mereka tidak ada kelemahan yang ketara.”

“Kamu harus menunjukkan rasa hormat yang selayaknya mereka terima. Terutam sekali berdepan dengan City, di mana mereka sangat bagus dengan bola.”

“Kami tahu ini perlawanan sukar. Cuma perkara yang berubah dalam 4 tahun kebelakangan ini, orang lain pun menganggap kami lawan yang sukar, itu cukup bagus.”

“Tiada apa yang perlu dirisaukan tentang mentaliti pemain pemain saya selepas perlawanan menentang Benfica. Kerana selepas itu, fokus mereka terus kepada Manchester City.”

Seterusnya Jurgen Klopp yakin semua orang akan setuju bahawa Pep Guardiola adalah pengurus terbaik di dunia pada ketika ini.

“Pep adalah pengurus terbaik di dunia. Saya rasa kita semua setuju dengan kenyataan itu. Cuma agak kebetulan sahaja ianya mereka masih gagal menenagi UCL setakat ini.”

“Jika ada pihak yang meragui kualiti Guardiola, saya sendiri tak tahu bagaimana perkara seperti itu boleh berlaku.”

Klopp kemudian memberikan kredit kepada Manchester City di bawah kendalian Guardiola. Di mana, bersaing dengan pasukan sebagus mereka membuatkan pasukan lain turut menaikkan standard masing masing di dalam liga Inggeris, termasuk Liverpool.

“Empat tahun yang lalu, sejak kami meningkat sedikit demi sedikit dan kini boleh merapatkan jurang dengan City adalah perkara menarik.”

Liverpool

“Kami menolak satu sama lain ke pungutan mata yang luar biasa. Satu kegilaan!”

“Saya tidak pernah menyangka perkara sebegini boleh berlaku, terutama sekali tidak dalam liga ini. Konsistensi yang ditunjukkan kedua-dua pasukan dalam tempoh itu benar-benar gila.”

Perlawanan hari Ahad dianggap sebagai penentu kejuaraan tetapi Klopp menegaskan perlumbaan masih jauh dari tamat, walau apa pun keputusannya.

“Saya tidak boleh memutuskan apa yang orang fikirkan. Tetapi jika anda melalui keputusan yang mungkin: jika kami menang kami berada di hadapan dua mata dan jika semua orang fikir itu sudah selesai dan sudah habis dengan liga maka saya tidak boleh buat apa apa dengan pandangan kamu,” katanya.

“Sekiranya kami kalah kami ketinggalan empat mata. Dan jika ada yang berfikir ‘itu sahaja’ maka saya tidak boleh mengubahnya tetapi saya tahu tiada siapa dari pihak City akan berfikir seperti itu. Jika kami seri ia bermakna kami ketinggalan satu mata dan itu sahaja .”