Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dinobat sebagai Pengurus Terbaik Tahunan oleh Persatuan Pengurus Liga / League Managers Association (LMA).

Ini selepas pencapaian Klopp membantu The Reds menjuarai Liga Perdana Inggeris selepas 30 tahun lamanya.

Liverpool cemerlang menamatkan musim ini dengan total 99 mata dengan hanya tewas 3 kali sahaja pada musim ini.

Jurgen Klopp bangga menerima Trofi Sir Alex Ferguson itu, yang diberikan sempena nama pengurus legenda Man United.

https://twitter.com/i/status/1287821672284856321

Klopp berkata: “Saya gembira dinobat sebagai pemenang untuk trofi yang indah – Trofi Sir Alex Ferguson – nama trofi sempena nama seorang insan yang sangat kagumi.”

“Saya merasa lebih istimewa kerana memenangi anugerah ini selepas diundi oleh rakan rakan pengurus yang lain.”

“Ianya satu penghormatan untuk menjadi sebahagian dari kalangan pengurus pengurus hebat dan dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahunan LMA, yang turut dimenangi pengurus Liverpool terdahulu termasuk Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan, Kenny Dalglish dan beberapa tahun lalu Brendan Rodgers.”

“Semua pencapaian kami di Liverpool tahun ini tak akan dicapai tanpa input luar biasa daripada staf kejurulatihan kami. Mereka membuatkan kami menjadi satu pasukan yang sarat dengan ‘otak’ bola sepak.”

Saya suka bekerja dengan jurulatih jurulatih saya, para pemain dan kesemua mereka di Liverpool. Dan sudah tentunya saya bersyukur di atas sokongan daripada para penyokong Liverpool dari seluruh dunia.

Sementara itu untuk Pengurus Terbaik Tahunan Liga Kejuaraan pula dimenangi oleh pengurus Leeds United iaitu Marcelo Bielsa.

Ini selepas kejayaan beliau membantu kelab dari Yorkshire itu kembali semula ke Liga Perdana Inggeris selepas 16 tahun.

Dalam pada itu, Sir Alex Ferguson mengucapkan tahniah kepada Jurgen Klopp. Pada masa yang sama memberitahu beliau sudah memaafkan Jurgen Klopp kerana menghubunginya pukul 3.30 pagi memberitahu di menang liga.

“Dan sudah pastinya pemenang ialah Jurgen Klopp, Jurgen fantastik.”

“Saya sudah bercakap tentang Leeds 16 tahun bangkit dari Liga Kejuaraan dan Liverpool, 30 tahun lalu yang terakhir mereka memenangi liga: ianya luar biasa.”

“Kamu paling layak menerimanya, prestasi pasukan kamu, sangat luar biasa.”

“Saya akan memaafkan kerana kerana membangunkan saya pada pukul tiga setengah pagi untuk memberitahu saya bahawa ‘saya memenangi liga’. Terima kasih.”

“Tapi bagaimanapun, kamu memang layak mendapatkannya, kamu melakukannya dengan baik.”

Syabas kepada Jurgen Klopp di atas pencapaian musim ini.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Borussia Dortmund Tolak Bidaan €98 Juta United

Arteta Mohon Keampunan Kerana Humban Watford Ke Liga Kejuaraan

Arthur Sanggup Langgar Kontrak Tak Mahu Bermain Untuk Barca Lagi