Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan pengurus Manchester City, Pep Guardiola melihat perbincangan serius sebaik sahaja tamat perlawanan semalam.

Aksi Liverpool dan Man City adalah perlawanan tumpuan minggu lalu. Dan ianya mungkin perlawanan yang sangat penting untuk kedua dua pasukan selaku dua pasukan pencabar kejuaraan liga.

Liverpool mendahului menerusi penalti Mohamed Salah pada minit ke-13. Manchester City membalas menerusi gol Gabriel Jesus pada minit ke-32.

Manchester City sebenarnya berpeluang untuk berada di hadapan menerusi penalti Kevin De Bruyne pada minit ke-43, Namun sepakan pemain kebangsaan Belgium itu tersasar,

Ketika perlawanan tamat, pengurus masing-masing untuk kali kedua, iaitu Juergen Klopp dan Pep Guardiola berjabat tangan. Kemudian, mereka berdua kelihatan sedang membincangkan sesuatu dengan serius.

Guardiola dihimpit wartawan dengan soalan, apa sebenarnya yang sedang mereka bincangkan. Adakah Klopp dan Guardiola tidak berpuas hati dengan pengadil atau sebaliknya?

Guardiola berkata: “Kami berbincang tentang lima pertukaran.”

“Sekiranya ada mikrofon di sana, anda akan tahu jika kami mengadu hal itu. Liga lain membenarkan lima pemain gantian, tetapi tidak di sini (England),” tambahnya.

Pep Guardiola juga bersimpati dengan kecederaan yang dialami oleh bek sisi Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

“Ada banyak kes pemain yang cedera, tetapi tidak di sini tidak dibenarkan lima pemain gantian. Kami harus melindungi pemain kami,” kata Guardiola.

“Ini seperti bencana. Jadual sibuk dan kami menghadapi kesukaran untuk menjaga pemain,” kata Guardiola.

EPL membuat ramai pihak terkejut apabila awal musim ini mereka tidak mengaplikasikan 5 pertukaran pemain seperti yang disarankan oleh FIFA sepanjang tempoh wabak melanda.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Arsenal Kalah Lagi, Aubameyang Tak Ada ‘Shot’ Langsung

EPL: City Dan Liverpool Kongsi Mata, De Bruyne Persiakan Peluang

Bundesliga: Bayern Bangkit Atasi Dortmund