Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan bahawa kehadiran mereka ke Madri bukan atas misi membalas dendam kepada Real Madrid atas kekalahan di final Liga Juara-Juara 2018.

Walaupun pada masa itu Klopp sangat marah dengan cabaran keras Sergio Ramos ke atas Mohamed Salah.

Salah, yang menjaringkan 44 gol dalam kempen debut yang luar biasa dengan Liverpool pada 2017/18, namun terpaksa dikeluarkan selepas cedera di bahunya kerana ditarik Ramos.

Madrid berjaya menjuarai UCL ketiga berturut-turut berkat dua kesilapan dari penjaga gol Liverpool, Loris Karius dan sepakan gunting cantik dari Gareth Bale.

Ini adalah pertemuan pertama kedua dua pasukan selepas final tersebut.

“Saya berkata pada masa itu, jika anda bertanya kepada saya dalam sidang media seminggu atau sebulan selepas final itu, adakah saya akan menjemput Sergio Ramos untuk ulang tahun ke-60 saya? Saya akan mengatakan tidak.”

“Saya katakan bahawa saya tidak suka apa yang terjadi malam itu. Ini adalah malam yang aneh bagi kami, tapi itu perkara lama.”

“Kami sudah tak ada perasaan itu atau kemarahan itu lagi, atau apa pun jadi saya tidak mencuba untuk membangkitkannya lagi. Apa yang saya cuba adalah untuk mempersiapkan pasukan saya untuk esok untuk menunjukkan bahawa kita adalah pasukan bola sepak yang baik.”

Klopp menegaskan bahawa, Liverpool akan bermain dalam suasana yang berbeza.

“Itu masa yang berbeza, kami berada di tempat yang berbeza. Sejak itu banyak perkara berlaku. Kami merasa lebih baik dalam beberapa situasi. Dan kami tetapi kami tahu kami menghadapi lawan yang sukar.”

“Saya dengar dari luar, sudah semua orang mengatakan bahawa Real Madrid adalah pasukan piliha. Hebat, mereka terbiasa dengan peranan sebagai pasukan pilihan dan kami tidak ada masalah untuk menjadi pencabar.”

Ditanya sama ada beliau berminat untuk menyertai Real Madrid? Selepas pengakuan calon presiden Real Madrid yang menyatakan bahawa Klopp calon utama menguruskan kelab itu selepas ini.

Namun Klopp menyatakan dia lebih suka dengan cahaya matahari di Mallorca, jika dia berpindah ke Sepanyol.

“Saya tak rasa saya akan menyesal menguruskan pasukan besar macam Real Madrid. Namun orang seperti saya lebih sesuai menguruskan Real Mallorca kerana bahasa Sepanyol saya yang teruk. Yang saya mampu [buat dengan bahasa Sepanyol] adalah memesan bir.”

“Ketika kami keluar dari pesawat hari ini, saya sudah menyesal kerana kami tidak tinggal di sini kerana cuaca di sini lebih baik berbanding di Liverpool.”

“Bahasa Sepanyol saya benar-benar teruk. Anda tidak akan suka saya berada di Sepanyol dan saya selalu berbahasa Sepanyol yang rosak.”

“Semua kelab di sini mempunyai pengurus yang hebat. Real Mallorca pasti pilihan yang baik sekurang kurangnya untuk kelangsungan hidup.”

Baca juga artikel:

Simeone Optimis Atletico Akan Menjuarai La Liga Musim Ini

Selepas Mbappe, Neymar Pula Tangguh Tandatangan Kontrak Baharu Di PSG Kerana Messi

Ole Tidak Ada Ramuan Rahsia Untuk Kebangkitan Separuh Masa Kedua