Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) semalam mengumumkan Pusat rawatan dan pemulihan kecederaan sukan, Red Giants Physio Clinic (RGPC) yang terletak bersebelahan dengan FAS Training Centre kini dibuka untuk orang ramai bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di Shah Alam, Selangor.

RGPC yang baharu ditubuhkan tahun ini sebagai pusat pemulihan sukan, pasca operasi, pengurusan kesakitan dan pusat fisioterapi ini akan dikendalikan secara menyeluruh oleh SFC.

Tidak kira sama ada anda mempunyai gaya hidup dan rutin yang aktif atau tidak aktif, anda akan dapat menyedari sekiranya mengalami sebarang perubahan pada fungsi tubuh.

Contohnya, sesetengah individu mungkin mengalami rasa lenguh dan tak selesa di kaki ketika sedang berjogging di taman. Justeru, sekiranya ini berlaku, rawatan fisioterapi dapat membantu.

Antara servis yang disediakan adalah diagnosis kecederaan, khidmat konsultasi perubatan dan selain pelbagai rawatan keadaan seperti sakit belakang, sakit leher, patah tulang, masalah berkaitan postur badan, rawatan pemulihan kecederaan sukan dan banyak lagi.

240154479_174353784802055_4090449280398738789_n

Grafik: Red Giants Physio Clinic

Malah, RGPC juga kendalikan oleh barisan pakar fisioterapi yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman sebagai tenaga utama yang terbukti telah merawat ramai atlet elit dan pemain bola sepak Selangor FC sebelum ini.

Selain mempunyai pakar dalam bidang fisioterapi, RGPC juga dilengkapi dengan aset-aset peralatan fisioterapi canggih dan terkini seperti Super Inductive System (SIS), Capacitive and Resistive Energy Transfer (TECAR), Laser Therapy dan Shockwave Therapy untuk merawat pelbagai kecederaan yang berkaitan dengan sukan dengan lebih cepat dan efektif.

239482959_174353738135393_1714617545884637682_n

“Untuk makluman semua, RGPC bakal menyediakan rawatan dengan harga yang kompetatif dan memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang menjalani rawatan.

“Jika anda ingin mendapatkan rawatan di RGPC, pusat rawatan sukan ini kini telah dibuka untuk orang awam dan konsultasi rawatan adalah percuma. Sebarang maklumat lebih lanjut atau ingin menetapkan sesi rawatan pertama anda, anda boleh menghubungi RGPC melalui WhatsApp di nombor +60166251936.

“Menjadi keutamaan kami untuk memberikan servis yang terbaik yang kami ada untuk memastikan anda kembali pulih dari kecederaan yang anda alami,” tulis kenyataan rasmi daripada Selangor FC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Daniel Wafiudin Buru Impian Jadi Penjaga Gol Harimau Malaya

JDT Semakin Hampir Bergelar Juara Liga Super Kali Kelapan

Rodney Celvin Disahkan Mengalami Kecederaan Bahu

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group