Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menubuhkan ‘feeder club’ atau kelab pembangunan untuk dijadikan sebagai lubuk pencarian ‘ubi baharu’.

Bercakap kepada Arena Metro, Nokman mahu melihat Kuala Lumpur mempunyai ramai pemain pelapis yang boleh diharapkan untuk diserap masuk dalam skuad utama pada masa yang akan datang.

Jelasnya, pasukan pembangunan ini berfungsi untuk memastikan pemain muda mendapat lebih banyak peluang beraksi dalam saingan kompetitif dan mengelakkan daripada memanaskan bangku simpanan semata-semata.

“Kami tidak mahu lagi bergantung kepada pemain luar menyebabkan mengambil inisiatif mahu menubuhkan pasukan feeder yang berperanan membangunkan pemain muda dengan lebih sistematik.

“Ada antara pemain muda yang berbakat ketika ini tidak mendapat pendedahan secukupnya sekali gus menganggu perkembangan mereka terutama untuk beraksi lebih cemerlang,” katanya.

78474109_2726733577369779_8555878001013686272_o
Sesi pemilihan skuad Piala Belia Kuala Lumpur. FOTO: KLFA

KLFA turut akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mendapatkan nasihat berkaitan penubuhan kelab pembangunan.

“Kami perlu mengorak langkah dengan meningkatkan lagi program pembangunan akar umbi bagi memastikan lebih ramai pemain berkebolehan membarisi skuad utama pada masa akan datang,” katanya.

Musim ini, Kuala Lumpur menghuni kedudukan dua tercorot Liga Super lalu diturunkan pangkat ke Liga Premier musim depan. Mereka tekad memastikan pasukan itu kembali menyertai Liga Super pada tahun 2021 dan berada dalam kelompok 4 teratas.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia untuk musim 2020 melalui pautan dibawah.

Skuad The Red Warriors Diuruskan Oleh Syarikat After Image Pada Musim Depan

Perak Jadi Destinasi Seterusnya Bagi Amri Yahyah?

Jafri Firdaus Chew Kecewa Dengan Cara KFA Lepaskan Beliau

Sumber