‘Sporting Director’ kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Martin Prest baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perpindahan masuk prospek muda negara, Akhyar Rashid ke skuad Harimau Selatan itu.

Menurut beliau, Akhyar Rashid yang berusia 19 tahun itu telah menandatangani kontrak bersama JDT selama 4 tahun dan JDT telah memasukkan klausa pelepasan perpindahan untuk pemain itu bernilai RM12,000,000.

Selain itu juga, pihak JDT juga memberitahu bahawa pampasan pembangunan pemain yang perlu dibayar kepada pasukan Kedah juga ditambah dari RM75,000 kepada RM100,000 atas dasar hormat kepada pasukan asal Akhyar Rashid.

Akhyar Rashid Perlu Lapor Diri Dalam Latihan Kedah Pada 2 Januari 2019

Dalam pada itu, Kedah FA melalui satu kenyataan yang dikeluarkan, menyatakan bahawa Akhyar Rashid masih lagi pemain mereka dan pemain itu melaporkan diri dalam sesi latihan pada 2 Januari 2019 nanti.