KL City melayan jiran dan musuh di Lembah Klang iaitu Selangor dalam aksi Liga Super Malaysia.

Selangor memberikan permulaan yang pertama buat Quentin Cheng. Dengan pemain kebangsaan, Faisal Halim menjadi senjata utama Gergasi Merah.

Kuala Lumpur menurunkan kesebelasan terkuat mereka dalam perlawanan ini. Dengan Kipre mengetuai jentera serangan skuad Warga Kota.

Aksi antara kedua dua pasukan awalnya nampak seimbang dari segi ancaman di hadapan gol. Tiada banyak ciptaan peluang dibuat.

Namun begitu, Kuala Lumpur terlebih dahulu di hadapan menerusi Tchetche Kipre.

Tersentak dengan gol itu, Selangor berjaya membalas dengan 2 gol sebelum rehat separuh masa.

Kedua duanya adalah menerusi sepakan penalti.

Penalti pertama disempurnakan oleh Ayron Del Valle pada minit ke-32.

Dan penalti kedua disempurnakan Faisal Halim pada minit ke-40.

Selangor masuk ke bilik persalinan dengan mendahului 1-2 di Kuala Lumpur.

Pada separuh masa kedua, Ayron Del Valle menambah 1 lagi gol buat Selangor pada minit ke-54.

Ianya adalah gol keempat peribadinya musim ini untuk Selangor dalam Liga Super Malaysia.

Tiada tambahan jaringan daripada kedua dua pasukan selepas itu. Selangor berjaya memastikan 3 mata milik mereka. Dan Lembah Klang adalah Merah Kuning bukannya Merah Putih.

Di kala Selangor meraikan kemenangan keempat mereka musim ini, KL City pula masih gagal mencipta sebarang kemenangan selepas 6 perlawanan.