Semalam, skuad Kebangsaan Myanmar dikejutkan dengan berita kematian kitman mereka, Pyae Sone Naing ketika sedang membuat persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 di Jepun.

Perkembangan itu diumumkan melalui satu kenyataan rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) yang mengatakan pegawai dibelakang tadbir itu disahkan meninggal dunia di bilik hotel penginapan pasukan akibat serangan jantung.

“Pyae Sone Naing disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung pada usia 29 tahun. Ini merupakan satu kejutan untuk skuad kebangsaan Myanmar yang kini sedang menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 kumpulan F di Jepun.

“Naing tidak hadir pada ujian calitan COVID-19 pada pagi semalam (9 Jun) dan ia menyebabkan semua orang ke bilik untuk mencarinya. Mereka mendapati beliau sudahpun meninggal dunia,” kata JFA dalam satu kenyataan rasmi.

Kejadian itu turut menarik perhatian Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Bin Ebrahim Al Khalifa yang menyampaikan ucapan takziha kepada pasukan kebangsaan Myanmar.

“Mewakili AFC, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Federasi Bola Sepak Myanmar diatas kehilangan Pyae Sone Naing yang telah bekerja keras memastikan segala kelengkapan pasukan berada dalam keadaan terbaik sepanjang khidmatnya. Saya akan sentiasa mengingati Naing,” kata Shaikh Salman.

AFC juga mewajibkan para pemain dan pegawai pasukan bertafakur selama seminit bagi memperingati Pyae Sone Naing sebelum sepak mula perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 diantara Myanmar menentang Kyrgyzstan di Stadium Osaka pada hari esok.

Myanmar kini berada di kedudukan ke-4 dalam kumpulan F dengan 6 mata selepas 6 perlawanan. Mereka baru sahaja tewas 0-10 kepada Jepun pada 28 Mei lepas.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

5 Jurulatih Piala Dunia Yang Tunduk Kepada Park Hang-seo

Peminat Bola Sepak Singapura Tidak Setuju Dengan Kemasukan JDT III Dalam Liga SPL

Bert van Marwijk Mahu Pemain Kekalkan Prestasi, Sasar Tewaskam Indonesia