Gergasi bola sepak Hong Kong, Kitchee SC minggu lalu telah mengumumkan ketibaan pemain tengah yang juga bekas pemain Liverpool, Mohamed ‘Momo’ Sissoko.

Pemain kelahiran Perancis yang memilih untuk beraksi untuk pasukan Mali itu telah beraksi 34 kali bersama skuad kebangsaan diperingkat antarabangsa.

Sissoko juga adalah satu nama yang tidak asing di Eropah kerana telah mewakili beberapa buah pasukan yang tersohor didunia seperti Valencia, Liverpool, Juventus dan Paris Saint-Germain.

Semasa beraksi untuk Valencia, Sissoko telah membawa pasukan itu menjuarai La Liga dan UEFA Cup pada tahun 2003 dan FA Cup bersama Liverpool pada 2006.

sissoko kitchee

Kitchee SC yang sudah kehilangan slot automatik AFC Champions League 2019 dan 2020 kepada Malaysia, telah melakukan rombakan besar-besaran bagi memperkuatkan pasukan untuk kembali merebut slot itu dimasa depan.

Beberapa nama besar lain juga telah menyertai skuad Kitchee SC sperti Alex Akande (Yanbian Funde), Lam Ka-wai (Eastern), dan Lo Kwan-yee (R&F) bagi mencapai misi utama mereka musim ini.

Mohamed Sissoko yang berusia 33 tahun pula, bukan kali pertama beraksi dalam saingan bola sepak di Asia kerana sebelum ini beliau pernah beraksi bersama kelab di Indonesia, India dan Shanghai Shenhua dalam saingan Chinese Super League pada 2015.

Naib juara unifi Liga Super 2018 atau Pahang FA akan bertemu Kitchee SC dalam perlawanan kalayakan Play-Off 2 AFC Champions League 2019.

Sumber