Timbalan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Professional Malaysia (PFAM), Muhammad Shahrom Abdul Kalam menyeru semua pemain yang beraksi dalam siangan Liga malaysia mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh badan pengendali liga, Malaysia Football League (MFL) susulan penularan wabak COVID-19.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penularan baharu wabak tersebut. Perintah kawalan selama 14 hari itu membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Justeru itu, PFAM memohon kerjasama penuh daripada semua pasukan untuk sama-sama menghormati Perintah dan Garis Panduan yang diberikan baik oleh MFL dan juga pihak Kerajaan.

“Antara pematuhan yang perlu dilakukan adalah tidak membuat sebarang sesi latihan, tidak mengadakan sebarang perlawanan persahabatan dan pemain import tidak dibenarkan pulang ke negara masing-masing.

“Tanpa sebarang prejudis, tindakan ini seharusnya diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para pemain dan juga para pegawai pasukan terjaga semaksimum mungkin,” kata Shahrom dalam satu kenyataan.

Shahrom juga menuntut para pemain bola sepak tempatan dan pemain asing kekal berada di rumah masing-masing serta tidak mengambil kesempatan untuk bercuti ke luar negara.

“PFA Malaysia turut menyeru semua pemain bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan turut menghadkan pergerakan dan tidak mengambil kesempatan atas ‘pelepasan’ yang diberikan ini.

“Mana-mana pemain yang mempunyai simptom-simptom COVID-19, segeralah mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan sebarang perkara yang lebih buruk berlaku. Semoga kita semua dapat mengharungi ujian ini dengan penuh rasa sabar dan tenang,” katanya.

Baca artikel lain mengenai penularan wabak COVID-19 sehingga menjejaskan perjalanan Liga Malaysia musim ini.

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

Tiada Perlawanan Menyebabkan KAFA ‘Hilang’ RM100,000 Setiap Perlawanan, Pemain Mungkin Dipotong gaji

Penjaga Gol Sabah Ini Terpaksa Tangguhkan Majlis Perkahwinan Kerana Wabak COVID-19