Ahmad Ridzuan

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa hari yang lalu, VOCKETFC telah menerbitkan sebuah artikel yang menceritakan bagaimana UltraSel telah muncul sebagai penaja pasukan Selangor FA untuk musim 2020 apabila mereka mengambil pakej penajaan Titan dari skuad Gergasi Merah itu.

Kisah mengenai inisiatif yang terpuji itu telah tersebar luas bukan sahaja di Malaysia malahan telah menjadi satu topik yang menarik minat dan perhatian sebuah portal sukan terbesar di Thailand iaitu SiamSport.

Perkara begini boleh dikatakan jarang berlaku kerana pada kebiasaannya inisiatif dari Thailand banyak menjadi tumpuan namun kali ini, mereka nampaknya begitu teruja dengan apa yang dilakukan oleh UltraSel sehingga memilih cerita itu salah satu featured story dilaman web mereka.

Ultras

Pihak SiamSport juga telah memuat naik kisah tersebut dilaman sosial Facebook rasmi mereka dan perkara ini sedikit sebanyak membolehkan nama UltraSel semakin dikenali diperingkat Asia Tenggara selain nama pasukan Selangor itu sendiri diangkat secara tidak langsung.

Jelas kini ramai pihak-pihak luar sangat ‘berminat’ untuk mendalami suasana Ultras yang ada di Malaysia bukan sahaja ketika skuad Harimau Malaya beraksi tetapi pada peringkat domestik yang sudah mula mencuri tumpuan mereka.

Teruskan usaha semua untuk memartabatkan bola sepak negara mengikut peranan masing-masing untuk masa depan budaya bola sepak Malaysia yang lebih maju dan sejahtera!

Tahniah UltraSel!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

UltraSel Muncul Sebagai Penaja ‘Titan’ Selangor FA, Dana RM10,000 Datang Dari Hasil Jualan Merchandise Rasmi

Eksklusif: Gus Cerro Berkongsi Kisah Azizul Kamaludin, Pahang FA Dan Negeri Sembilan Serta Pengalaman Indah Di Malaysia

Ini Reaksi Netizen Indonesia Yang ‘Kaget’ Melihat Susuk Fizikal Pemain Skuad Malaysia B19 Yang ‘Gede Gede’

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group