Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama Ash Hameed mungkin tidak ramai orang yang ‘aware‘ tetapi pemain muda ini yang pernah membarisi skuad akademi Queen Park Rangers ini memiliki kisah yang mahu disampaikan kepada semua peminat bola sepak Malaysia.

VOCKETFC bertuah kerana berjaya untuk mendengar sendiri cerita yang tersimpan kemas selama ini oleh beliau dan mungkin beberapa bahagian yang akan menyebabkan ada pihak yang terkena ‘tempias’.

Perjalanan Ash Hameed tidak mudah sebenarnya walaupun ada yang menganggap beliau menerima keistimewaan dari pihak tertentu, namun itu semuanya tidak berlaku.

Pada usia yang masih muda ketika di sekolah rendah lagi, Ash Hameed bersama bapanya telah berangkat ke England untuk mencari tapak dalam bidang bola sepak dan semua perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh keluarga.

Menurut beliau yang sudi bertemu kami, selepas tiba di England dia tidak mempunyai apa-apa contact dengan mana-mana pihak dalam industri bola sepak, dan kelab tempatan pertama yang disertainya Kodak FC adalah hasil dari tanya-tanya orang ditepi jalan  sekitar Harrow (20 minit dari Wembley), sebelum dibenarkan menjalani pemilihan dan berjaya masuk.

20100723-ash3

“Masa tu umur baru 11 tahun, first season saya main 20 game saya score 55 gol. Masa tu saya kecil lagi, main left winger.”

“Sebelum masuk season baru, masa tu main Sunday League, ada ramai scout datang tengok. Waktu tu Arsenal datang panggil untuk trial untuk pasukan U12.”

4aa3599d-5997-4a86-a532-46816fcf098e Menurut Ash Hameed, ketika menerima panggilan dari Arsenal itu, seramai 150 orang pemain terpilih untuk menjalani sesi ujian dan beliau berjaya mara ke peringkat seterusnya.

“Setiap minggu dia (Arsenal) buat 2 hingga 3 kali sesi latihan dan bilangan pemain akan dikurangnya sedikit demi sedikit.”

“Saya berjaya kekal dalam sesi itu sampai tinggal 5 orang terakhir.”

Ash menceritakan, apabila tinggal 5 orang pemain terakhir itu, Arsenal secara tiba-tiba membawa seorang pemain dari Afrika yang memiliki kelebihan fizikal dan dimaklumkan bahawa pemain itu yang dipilih.

Selepas itu, beliau menerima tawaran sesi percubaan bersama QPR selama 4 minggu dan ketika kira-kira 2 minggu berlangsung, Ash dimaklumkan bahawa QPR berminat untuk mengambilnya menyertai skuad akademi QPR mulai 2010.

“Masa saya sign dengan QPR, Tony Fernandes masih belum mengambilalih kelab lagi. Tapi semua orang ingat dia yang bawa saya masuk.”

Tawaran Akademi QPR U16, Tiada Sokongan & Gagal Dapat Visa

Selama beraksi dengan QPR selama 4 musim itu, Ash terpaksa berulang alik dari Malaysia ke London setiap 6 bulan kerana dia hanya menggunakan visa pelancong ketika bermain dengan akademi QPR.

Beliau pernah ditegur oleh pegawai imigresen supaya mendapatkan visa yang betul untuk meneruskan aktivitinya bersama kelab tersebut.

Menurut Ash, selepas beliau menerima tawaran untuk menyertai skuad U16 QPR (surat sokongan seperti dalam gambar dibawah), dia telah pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan proses dokumentasi yang diperlukan.

Ash menceritakan bahawa ketika beliau mahu mencari sokongan bagi mengukuhkan lagi permohonan visa, beliau tidak mendapat sokongan dari mana-mana pihak di Malaysia termasuk pemilik kelab sendiri.

75766621-474a-4f76-8ac9-4c57dac39739

Ash akhirnya gagal mendapatkan visa yang diperlukan untuk menandatangani kontrak bersama akademi QPR U16 dan gagal meneruskan impian mencipta karier di England.

Kevin Ramalingam Tarik Masuk Kelantan Pada Usia 16 Tahun

Ketika kembali ke Malaysia pada 2014, Ash yang masih dalam keadaan yang kecewa telah dihubungi oleh Kevin Ramalingam dan membawanya menyertai pasukan Kelantan.

Kelantan pada ketika itu yang dibimbing oleh George Boateng, jurulatih itu menyukai apa yang dimiliki oleh Ash namun, beberapa isu buli bersama pemain-pemain senior sehingga berlaku pergaduhan.

Import player Kelantan masa tu memang terbaik, bagi support dekat saya semua macam Brendan Gan, Forkey Doe memang baik gila.

Selepas isu tersebut, beliau berjumpa dengan pihak pengurusan untuk berbincang mengenai isu itu dan akhirnya keluar dari pasukan Kelantan.

Cedera ACL Ketika Latihan Skuad AFC U23 2018

Ketika aksinya semakin menampakkan sinar apabila berjaya membantu MIFA muncul juara Piala FAM 2016 dan layak ke saingan Liga Premier, Ash telah dipanggil untuk menyertai skuad Malaysia U23 yang ketika itu dibawah bimbingan Frank Bernhardt.

Namun, semasa turun bermain dalam perlawanan persahabatan dengan Frenz United, Ash telah mengalami kecederaan lutut ACL dan tersisih beberapa tahun dari aksi bola sepak.

Jurulatih Skuad England U15 Terpikat Aksi Ash Hameed!

Ash turut menceritakan bahawa ketika menyertai satu kejohanan yang diadakan di St George’s Park, pasukannya telah berjaya mendapat tempat ketiga.

Nota: St George’s Park adalah pusat latihan kebangsaan English Football Association yang dibina atas tapak seluas 330 ekar di Burton upon Trent.

Semasa dalam perjalanan pulang, jurulatih pasukan memberitahu Ash bahawa dia telah menerima satu panggilan dari jurulatih skuad England U15 yang mahu memanggilnya menyertai kem latihan skuad tersebut.

Namun pada ketika itu jurulatih skuad England U15 tidak tahu situasi sebenar yang sedang dihadapi oleh Ash yang berada di England menggunakan visa pelancong!

Naik Kereta Sama-Sama Dengan Raheem  Sterling.

Cerita lain yang menarik adalah sebelum beliau berjaya masuk ke akademi QPR, Ash ada berlatih dengan seorang jurulatih secara persendirian di taman berdekatan rumahnya.

” Ada suatu hari masa saya nak join sesi, ada budak lain tengah training juga – Raheem Sterling!”

“Kita selalu naik kereta sama-sama pergi training, cerita pasal Liverpool sebab semua sokong Liverpool.”

Ini sebenarnya kisah liku-liku seseorang pemain bola sepak dalam karier mereka tidak kira berjaya muncul sebagai pemain yang berjaya atau sebaliknya.

Mungkin kisah seperti ini dapat memberikan satu gambaran kepada peminat bola sepak mengenai bagaimana kesukaran, ketabahan, motivasi serta kesungguhan untuk mencapai impian mereka.

Sama-sama kita berusaha untuk lebih memeriahkan industi bola sepak Malaysia!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Calon Pemain Kacukan Terbaru Vietnam Ini Sah Akan Beraksi Dalam Saingan UEFA Europa League 2020/2021

Baca Bagaimana Kelab Divisyen 6 Jepun Ini Raih ‘Crowdfunding’ Berjumlah RM200,000 Dalam Masa 3 Hari Sahaja

Ini 2 Sebab Mengapa Malaysia Adalah Lawan Yang Paling ‘Sakit Kepala’ Untuk Park Hang-seo

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group