Penyerang import Kedah, Kipre Tchetche yakin pasukannya mampu untuk meraih keputusan positif apabila melayan kunjungan Tai Po FC pada perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 malam ini.

Kedah yang tampil buat kali pertama dalam saingan ACL mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dan Kipre yakin juara Piala FA 2019 itu akan memberikan cabaran sengit kepada kelab dari Hong Kong itu sekaligus mara ke pusingan ketika kelayakan.

Kipre Tchetche

Kpah Sherman Dan Kipre Tchetche antara pemain baharu Kedah. Sumber Gambar: Kedah FA

“Perlawanan pra musim di Kemboja amat berguna kerana pemain dapat memperbaiki kesilapan serta membentuk satu gandingan yang lebih baik antara satu sama lain. Saya yakin pasukan akan mendapat keputusan terbaik,” kata Kipre Tchetche menurut laporan NST.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin pula menggesa agar para peminat setia untuk memenuhi Stadium Darul Aman bagi memberikan sokongan padu kepada skuad bimbingannya.

Kipre Tchetche

Sumber Gambar: Kedah FA

“Saya harap peminat akan memenuhi stadium bagi memberikan sokongan padu kepada para pemain. Ini merupakan perlawanan bertaraf Asia, jadi kita harus tampil dengan baik dan tidak boleh melakukan kesilapan,” ujar Aidil.

Bekas pengendali Home United itu turut mengesahkan pemain pertahanan import, Shakir Hamzah tidak dapat diturunkan pada perlawanan malam ini kerana beliau menjalani penggantungan kerana kad merah yang diterima ketika beraksi bersama Home pada saingan edisi 2018 lalu.

Pemenang diantara Kedah menentang Tai Po akan berdepan kelab dari saingan K-League, FC Seoul pada aksi kelayakan pusingan ketiga.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah yang telah kami sediakan di sini:

Kelayakan ACL 2020: Kedah Hadapi Tai Po FC Tanpa Khidmat Shakir Hamzah

ACL2020: Tai Po FC Kalah Semua 5 Perlawanan Terakhir Saingan Domestik, Petanda Awal Kedah FA Bakal Terbang Ke Korea Selatan

Gara-Gara ‘Leak’ LOTTO Malaysia Nafi Mahu Tarik Penajaan Kedah FA, Serah Bukti Kepada Peguam Untuk Tindakan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group