Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) hari ini mengumumkan senarai 23 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat bagi menghadapi kejohanan 4 penjuru yang dikenali sebagai King’s Cup (Piala Maharaja Thai) 2022 di Chiang Mai pada 20 hingga 24 September ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Lebih menarik, ketua jurulatih skuad Gajah Perang, Mano Polking kali ini menyenaraikan barisan terkuat termasuk 2 pemain yang beraksi dengan kelab Jepun iaitu Chanathip Songkrasin (Kawasaki Frontale) dan Supachok Sarachat (Hokkaido Consadole Sapporo).

Turut tersenarai ialah penyerang berpengalaman, Teerasil Dangda, Supachai Jaided, Suphanat Mueanta serta beberapa bintang tengah Thailand seperti Sarach Yooyen, Thitiphan Puangchan dan Bordin Phala.

Mereka turut diperkuatkan oleh barisan pertahanan kental yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Thailand seperti Theerathon Bunmathan, Narubadin Weerawatnodom, Kritsada Kaman, dan Pansa Hemviboon.

Malah, tiada pemain naturalisasi atau pemain kacukan yang tersenarai dalam pasukan tersebut seperti Tristan Do, Philip Roller, Manuel Bihr serta Elias Dolah. Dua tonggak penjaga gol iaitu Kawin Thamsatchanan dan Chatchai Bootprom turut tidak dipanggil kali ini.

Selain Thailand selaku tuan rumah, 3 pasukan turut menyertai King’s Cup 2022 iaitu Malaysia (ranking 148), Tajikistan (ranking 109) dan Trinidad & Tobago (ranking 101).

Tuan rumah diundi bertemu skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon manakala Trinidad & Tobago bakal berentap dengan Tajikistan. Kedua-dua perlawanan ini berlangsung pada 22 September di Stadium Chiang Mai.

Mengikut jadual, Harimau Malaya akan menentang tuan rumah pada pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Pemenang perlawanan ini akan bertemu Trinidad & Tobago atau Tajikistan di perlawanan akhir yang berlangsung pada 25 September.

Manakala pasukan yang tewas, akan berentap dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Semua keputusan perlawanan ini memberi pulangan mata ranking FIFA kerana diiktiraf sebagai Persahabatan Antarabangsa Tier 1.

Polisi FAT kali ini mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa di luar ibu kota, Bangkok. Ini kerana mereka mahu memberi peluang kepada rakyat di setiap wilayah untuk menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan.

FAT menjadikan kejohanan King’s Cup 2022 sebagai medan persiapan akhir sebelum menghadapi Piala AFF 2022 pada penghujung tahun ini serta Piala Asia 2023.

Barisan 23 pemain skuad Thailand:

1. Theerathorn Bunmathan
2. Narubadin Weerawatnodom
3. Pansa Hemviboon
4. Supachai Jaided
5. Suphanat Mueanta
6. Sarach Yooyen
7. Pathompol Charoenrattanapirom
8. Phithiwatt Sukchitthamkul
9. Kittipong Phuthawchuek
10. Krisada Kaman
11. Channarong Phomsrikew
12. Chatmongkol Rueangthanarot
13. Bordin Phala
14. Teerasak Poeiphimai
15. Supanan Bureerat
16. Kamphon Pathomunkul
17. Jakkaphan Kaewprom
18. Weerathep Pomphan
19. Picha Autra
20. Thitiphan Puangchan
21. Chalermsak Aukkee
22. Supachok Sarachat
23. Chanathip Songkrasin