Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifatkan kejayaan menewaskan Bangladesh 4-1 sehingga layak ke Piala Asia 2023 secara merit adalah hasil bantuan daripada semua pihak terutamanya pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Beliau berkata kehadiran ramai pemain JDT dalam skuad kebangsaan memudahkan lagi tugasnya sebagai jurulatih kerana kebanyakan pemain skuad Harimau Selatan itu sudah mempunyai pengalaman beraksi di peringkat tertinggi seperti AFC Champions League (ACL).

Selain JDT, kelab-kelab tempatan juga memainkan peranan besar dengan melahirkan barisan pemain berkualiti seperti Ruventhiran, Syihan Hazmi, dan Khuzaimi Piee.

“Saya dapat lihat ramai pemain berpotensi yang bagus, ini yang dilakukan oleh bola sepak Malaysia, bukan saya.

“Terima kasih kepada semua penyokong, semua kelab di Liga Malaysia termasuk TMJ  yang turut membantu dengan menghantar 15 pemain JDT untuk pasukan negara,”

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, semua staf FAM yang banyak bantu saya, terima kasih banyak-banyak untuk malam ini. Sekali lagi terima kasih kepada semua penyokong Harimau Malaya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

FOTO: FAM

Kemenangan tersebut menyaksikan pasukan kendalian Kim Pan Gon menamatkan penantian selama 43 tahun untuk layak secara merit ke pentas kejohanan paling berprestij di Asia itu selepas kali terakhir melakukannya pada 1979 ketika Kelayakan Piala Asia 1980.

Malah, TMJ juga turut berkongsi mesej whatsapp di laman instagram story sebagai bukti beliau merupakan individu yang paling banyak menyumbang dalam kemajuan bola sepak Malaysia hari ini.

Paparan dalam instagram story itu menunjukkan Kim Pan Gon melaporkan segala perkembangan skuad kebangsaan kepada TMJ termasuk barisan pemain serta formasi yang akan digunakan dalam setiap perlawanan.

Sudah tentu dengan adanya sokongan TMJ, Kim Pan Gon dapat memberi fokus untuk membawa skuad kebangsaan melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa.

“Sebenarnya ketika saya dijemput ke sini saya ada dua misi, pertama saya perlu bawa pasukan saya ke Piala Asia dan menang Piala AFF. Namun, walaupun saya ada misi, tapi kalau saya tak dapat sokongan dari foundation yang kuat, ia tak akan menjadi kenyataan.

“Oleh itu saya ingin berterima kasih kepada pasukan-pasukan Liga Super terutama TMJ yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada saya. Saya hanya jurulatih kerdil dan bila saya datang sini saya minta tolong daripada semua pihak dan saya mendapat kerjasama penuh daripada semua pasukan,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Ahmad Faizal Anggap Kain Rentang ‘Jangan Hisap Gam’ Sebagai Nasihat Yang Baik

Syafiq Ahmad Mahu Buktikan Kemampuan Jika Diberikan Peluang Beraksi

Khalid Ali Bimbang De Paula Tak Tahu Fungsinya Sebagai Penyerang Utama

Amaran Presiden FAM Kepada Pemain: “Jangan Lena Dibuai Dengan Sanjungan Dan Pujian”