Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Skuad Harimau Malaya kini sedang giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 pada bulan Jun depan. Aksi pertama mereka bermula dengan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jumaat ini (27 Mei), jam 9.00 malam.

Malah, ketua jurulatih dari Korea Selatan iaitu Kim Pan Gon mendedahkan beliau sedang dalam proses menyiapkan senjata rahsia dan mempelbagaikan formasi untuk menentang lawan yang mempunyai kekuatan berbeza.

“Kita ada beberapa perkara untuk dibetulkan dan kita juga mahu melihat peningkatan dan kita mahu sediakan ‘senjata baharu’ buat pasukan namun ia tidak boleh dikongsikan lagi.

“Apapun kita mahu wujudkan formasi baru supaya kita boleh buat pilihan yang banyak apabila menentang mana-mana lawan, bergantung kepada kekuatan pasukan lawan dan corak mereka.

“Dalam latihan kita akan buat pengulangan supaya pemain baru dan lama akan meningkat dan faham serta segera menyesuaikan diri,” katanya dipetik dlam Harian Metro.

FOTO: FAM

Berdasarakan senarai pemain yang dipanggil, Kim Pan Gon mengekalkan 20 pemain daripada pemain yang dibawa ke Singapura bagi dua perlawanan FAS-Tri Nations Series 2022 bertemu Filipina dan Singapura pada bulan Mac lalu.

Bagaimanapun, hanya 23 pemain akan didaftarkan dalam senarai akhir bagi menghadapi pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 manakala baki pemain yang lain tetap perlu bersedia untuk dipanggil sekiranya terdapat perubahan dalam senarai akhir tersebut.

Selain Brunei, skuad Harimau Malaya turut dijadualkan menghadapi satu lagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong pada 1 Jun. Kemudian mereka akan menghadapi 3 perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Turkmenistan (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun 2022) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Para penyokong masih boleh mendapatkan tiket semua perlawanan tersebut pada satu harga istimewa iaitu RM100 menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Tiket Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Sudah Mula Dijual

Sukan SEA: Dua Jaringan Luqman Bantu Malaysia Tewaskan Laos

Nooa Laine Tidak Akan Beraksi Di Sukan SEA

Harimau Malaya Uji Myanmar Dan Hong Kong Di Stadium Nasional Bukit Jalil