Hari ini skuad Harimau Malaya akan membuka kempen Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia adalah detik yang paling dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan.

Untuk mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2023 secara merit, pengendali skuad negara, Kim Pan-gon tekad memastikan pasukannya mengutip 3 mata pada perlawanan menentang Turkmenistan malam ini.

Beliau meletakkan sasaran minimum 7 mata untuk berada di kedudukan teratas dalam kumpulan E sekaligus raih tiket automatik ke Piala Asia 2023.

“Jika kita nak layak, saya fikir tujuh mata boleh menyelamatkan kita. Sudah tentu perlawanan dengan Turkmenistan ini sasarannya adalah untuk meraih tiga mata.

“Tapi kita fokus perlawanan demi perlawanan, kita tak tahu mungkin perlawanan kedua kita dapat tiga mata lagi atau aksi ketiga nanti.

“Namun, kalau kita nak ke pusingan akhir Piala Asia kita mesti mendapatkan tujuh mata dan kami akan cuba mencapai sasaran itu,” katanya.

Selepas Turkmenistan, Harimau Malaya akan menghadapi pasukan di ranking ke-89 dunia, Bahrain pada Sabtu ini sebelum aksi terakhir menentang Bangladesh pada 14 Jun. Malaysia tidak boleh tewas dalam mana-mana perlawanan kerana ia akan menyukarkan peluang untuk beraksi di Piala Asia 2023.

Kim Pan-gon dijangka akan menggunakan taktikal dan formasi berbeza bergantung pada lawan yang dihadapi. Kehadiran dua pemain naturalisasi iaitu Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh diharapkan dapat memberi impak dalam jentera serangan negara.

Saksikan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 yang melibatkan skuad Harimau Malaya secara langsung di saluran TV9 atau boleh klik https://tonton.com.my/live/tv9

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Khalid Ali Bimbang De Paula Tak Tahu Fungsinya Sebagai Penyerang Utama

Amaran Presiden FAM Kepada Pemain: “Jangan Lena Dibuai Dengan Sanjungan Dan Pujian”

De Paula Jadikan Kritikan Peminat Sebagai Pembakar Semangat

Masalah Sinus Semakin Teruk, Syahmi Safari Terlepas Aksi Kelayakan Piala Asia 2023

Jurulatih Hong Kong Terkejut Dengan Corak Permainan Harimau Malaya