Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengakui beliau sukar untuk memilih 23 pemain akhir yang akan beraksi di kelayakan Piala Asia 2023, bermula minggu depan.

Menurut beliau, semua pemain yang berada dalam skuad ketika ini menunjukkan komitmen tinggi dan bekerja keras meningkatkan prestasi dalam setiap sesi latihan.

“Ia sangat sukar, semua pemain bagi saya sangat penting. Setiap orang atau setiap situasi, mereka boleh bagi kita persembahan sama, ia sasaran utama saya.

“Sekarang kami hanya mahu bergerak ke depan untuk bersama dengan falsafah dan kami cuba membantu mereka bergerak ke depan.

“Saya menghargai semua pemain, mereka memberikan komitmen yang baik. Bagi saya, ia saat yang menakjubkan bekerja dengan mereka. Tapi, saya perlu putuskan skuad 23 pemain.

“Saya akan pilih pemain berdasarkan keperluan taktikal,” kata Pan-Gon.

Skuad Negara
Kesebelasan utama skuad Harimau Malaya ketika menentang Hong Kong.

Berdasarkan dua perlawanan persahabatan menentang Brunei dan Hong Kong, enam pemain tidak mendapat peluang beraksi dalam perlawanan tersebut iaitu Kalamullah Al-Hafiz, Syihan Hazmi, Norshahrul Idlan Talaha, Shahrul Nizam Ros Hasni, Kogileswaran Raj dan Afiq Fazail.

Antara 23 pemain yang berkemungkinan besar akan terpilih adalah, Farizal Marlias, Khairul Azhan, Syihan Hazmi, Shahrul Saad, Corbin Ong, Syamer Kutty Abba, Nazmi Faiz, Safiq Rahim, Arif Aiman, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Matthew Davies, Guilherme de Paula, Darren Lok, Khuzaimi Piee, Faisal Halim, Syafiq Ahmad, Nor Azam Azih, Dion Cools, Junior Eldstal, Liridon Krasniqi, Mohamadou Sumareh dan V. Ruventhiran.

Skuad Harimau Malaya akan meneruskan aksi kelayakan dalam Kumpulan E menentang Turkmenistan (8 Jun) kemudian Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh (14 Jun), dengan semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

De Paula Jadikan Kritikan Peminat Sebagai Pembakar Semangat

Masalah Sinus Semakin Teruk, Syahmi Safari Terlepas Aksi Kelayakan Piala Asia 2023

Kim Pan-gon Beri Bayangan Kekalkan Corak Permainan Bertemu Hong Kong