Esok skuad Harimau Malayadijadualkan menentang Thailand dalam perlawanan persahabatan persahabatan kejohanan jemputan King’s Cup 2022 pada pukul 9.15 malam.

Pengendali pasukan, Kim Pan-gon menjadikan kejohanan tersebut untuk meningkatkan tahap keyakinan pemain sebagai persiapan ke Piala AFF hujung tahun ini dan Piala Asia 2023.

“Selepas aksi kelayakan Piala Asia, kami membuat persiapan untuk Piala AFF dan pusingan akhir Piala Asia…dan saingan di sini adalah satu daripada persiapan kami, di mana menerusi saingan di sini saya berpeluang mendapatkan maklumat yang lebih mengenai pemain saya, dan saya berterima kasih kerana menjemput kami.

“Sebagai mana saya sebutkan, ini sebahagian daripada persiapan kami dan saya mahu melihat setiap pemain dan mendapatkan maklumat tambahan.

“Thailand pasukan yang berada di atas kita dengan barisan pemain yang baik, ini akan beri pengalaman berguna buat pemain di mana kami akan bermain dalam kejohanan yang lebih besar di masa hadapan.

“Kita akan gunakan pentas ini untuk bina keyakinan pemain menerusi saingan di sini,” katanya.

Dion Cools
Kredit Foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Selain tuan rumah dan Malaysia, kejohanan tersebut turut disertai oleh Tajikistan (ranking 109) dan Trinidad & Tobago (ranking 101). Semua keputusan perlawanan tersebut memberi pulangan mata ranking FIFA kerana diiktiraf sebagai Persahabatan Antarabangsa Tier 1.

Jika Malaysia menang ke atas Thailand, mereka akan bertemu Trinidad & Tobago atau Tajikistan di perlawanan akhir yang berlangsung pada 25 September. Manakala pasukan yang tewas, akan berentap dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Ketua jurulatih, Kim Pan-gon telah mengekalkan seramai 16 daripada 23 pemain yang telah membawa skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023 pada kempen kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun lalu.

Lapan pemain baharu yang menyertai skuad kali ini ialah dua penjaga gol Rahadiazli Rahalim dan Kalamullah Al Hafiz, serta Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi, Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Gan, Zhafri Yahya dan Declan Lambert.

Ayuh sama-sama kita menyokong skuad Harimau Malaya dengan menonton perlawanan antarabangsa yang disiarkan di TV9. Anda juga boleh menonton menerusi saluran Unifi TV 109, Astro 149 dan strim di tonton!