Dito

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon nyata gembira pasukan bimbingannya berjaya mengutip tiga mata pada aksi pembukaan saingan kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Pan-gon, pemainnya mengikuti segala yang telah dirancang sebelum turun ke padang dan beliau memuji persembahan serta komitmen yang telah diberikan oleh anak buahnya.

“Ia malam yang cukup terbaik buat kami. Saya sangat gembira dengan kesemua pemain yang memberikan aksi persembahan yang cukup mantap.

“Pemain berjaya menterjemahkan taktikal yang diterapkan ketika latihan iaitu untuk mendominasi dan mengawal perlawanan sekaligus kita berjaya memperoleh dua gol awal. Apa yang saya boleh katakan malam ini kita bermain seperti Harimau yang sebenar,” katanya.

Pada perlawanan semalam, skuad bimbingan Kim Pan-gon nyata mendominasi separuh masa pertama dimana pasukan negara berjaya mendapatkan jaringan pembukaan pada minit ke-11 menerusi Safawi Rasid.

Jaringan itu jelas meningkatkan moral barisan pemain negara untuk menambah jaringan dan hampir melakukannya pada minit ke-15 tetapi Darren Lok gagal menguis masuk bola hasil hantaran lintang cantik daripada Matthew Davies.

Kehampaan itu ditebus Muhammad Faisal Abdul Halim berselang seminit kemudian apabila pemain lincah tersebut menyempurnakan peluang dengan merembat masuk bola dalam kawasan penalti, bermula daripada usaha Arif Aiman yang berjaya merampas bola dari kaki pertahanan lawan.

Memasuki minit ke-38, Turkmenistan merapatkan defisit jaringan apabila Annadurdyyev Altymyrat mudah menolak masuk bola ketika situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol skuad negara susulan tandukan ke belakang dilakukan Dion Cools terkena palang dan tidak dapat dikawal baik Farizal.

Ketika para pemain sudah berkira-kira untuk melangkah keluar ke bilik persalinan, Corbin-Ong melakukan gerakan solo dari kawasan sendiri dan kemudiannya melepaskan rembatan yang tidak mampu dihalang Orazmuhammedov bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Pada perlawanan seterusnya, Malaysia akan turun menentang Bahrain pada 11 Jun ini yang turut meraih kemenangan pada perlawanan pertama ketika menentang Bangladesh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Guilherme De Paula Gesa Peminat Banjiri SNBJ Pada Aksi Bertemu Bahrain

Analisis: ‘Front 4’ Malaysia Menyusahkan Turkmenistan Dengan Intensiti Dan Pressing

Kelayakan Piala Asia: Harimau Malaya Cemerlang Atasi Turkmenistan

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group