Dito

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memberi bayangan beliau akan mengekalkan corak permainan yang ditampilkan ketika berdepan Brunei pada aksi persahabatan kedua menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun ini.

Pan-gon menganggap dua aksi persahabatan menentang Brunei dan Hong Kong adalah penting dan beliau mahu sesiapa sahaja yang diturunkan dalam kesebelasan utama memberi komitmen penuh dan menampilkan aksi terbaik.

“Kami mempunyai perancangan serta strategi dan semua perlawanan adalah penting. Jadi sesiapa sahaja yang beraksi nanti, tidak akan ada banyak perubahan. Kami cuba untuk mencipta suasana terbaik agar pemain dapat menampilkan persembahan cemerlang.

“Mungkin Hong Kong lebih kuat berbanding Brunei, tetapi pendekatan kami masih lagi sama. Kami akan menggunakan filosofi sama, corak permainan yang sama dan sudah pasti untuk meraih kemenangan. Penting untuk kami bermain dengan baik untuk memberikan aksi menarik kepada peminat,” katanya pada sidang media sebelum perlawanan.

Pasukan negara berjaya mencatat kemenangan besar dengan menewaskan Brunei pada 27 Mei lalu dimana gol skuad kebangsaan dijaringkan oleh Syafiq Ahmad, Guilherme De Paula, Syamer Kutty Abba dan Faisal Halim sekaligus melengkapkan kemenangan 4-0.

Pada perlawanan tersebut, terdapat sedikit kelainan dalam corak permainan skuad Harimau Malaya dimana Pan-gon menggunakan formasi 3-4-3 dan formasi ini dilihat berjaya dimana setiap pemain mampu untuk menampilkan prestasi terbaik mereka.

Kim Pan-gon dijangka menurunkan barisan terkuat pada perlawanan menentang Hong Kong sebagai persediaan sebelum menghadapi saingan peringkat kelayakan Piala Asia 2023 yang akan bermula pada 8 Jun ini.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan E bersama Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh dan skuad kendalian Pan-gon akan memulakan aksi menentang Turkmenistan pada 8 Jun ini.

Bahrain akan menjadi lawan kedua bagi pasukan negara pada 11 Jun sebelum menutup saingan kelayakan dengan menentang Bangladesh pada 14 Jun.

Saksikan perlawanan-perlawanan skuad Harimau Malaya ini secara langsung di TV9 atau boleh klik di sini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Puas Hati Dengan Skuad Melaka, Asri Tiada Perancangan Buat Perubahan

Kevin Ingreso Sertai Sri Pahang

Steven Rodriguez Tak Sabar Sarung Jersi Sri Pahang

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group