Jurulatih kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon bersama dengan staf kejurulatihannya telah bertemu sendiri dengan David Moyes ketika lawatan terbaru ke London.

Kim Pan Gon Ke London

Dipetik daripada sumbe FAM:

Lawatan Teknikal Staf Kejurulatihan Harimau Malaya Ke London

Selepas lawatan ke beberapa kelab di Sepanyol, ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bersama pembantunya, Pau Marti Vicente serta jurulatih penjaga gol, Cho Junho; jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun meneruskan lawatan teknikal ke London, England.

Berguru dengan Moyes

Di sepanjang tempoh seminggu di London, barisan staf kejurulatihan Harimau Malaya itu telah berpeluang untuk menyaksikan sesi latihan pasukan West Ham United, melawat fasiliti latihan kelab berkenaan serta bertemu beberapa pegawai dan staf kejurulatihan kelab termasuk pengurus West Ham United, David Moyes.

Selain itu, mereka turut ke Brighton & Hove Albion bertemu bersama beberapa staf teknikal dan kejurulatihan kelab berkenaan.

Sepanjang berada di London itu, Pan Gon dan staf kejurulatihannya juga berkesempatan menyaksikan dua perlawanan Liga Perdana Inggeris 2022/23, West Ham United bertemu Liverpool pada Khamis, 27 April serta Brighton & Hove Albion menentang Wolverhampton Wanderers pada Sabtu, 29 April 2023.

Selepas perlawanan, Pan Gon bertemu penyerang kebangsaan Korea Selatan, Hwang Hee-chan yang beraksi bersama Wolverhampton Wanderers.”

Barisan staf kejurulatihan Harimau Malaya itu telah selamat tiba di Kuala Lumpur pada Isnin, 1 Mei 2023.

Semoga membantu bola sepak negara

Lawatan kali ini diharap akan dapat membantu meningkatkan lagi prestasi pasukan kebangsaan.

Kim Pan Gon pastinya mendapat beberapa nasihat berguna daripada otai seperti David Moyes.

Kim Pan Gon sebelum ini telah banyak mengubah wajah pasukan Harimau Malaya. Ini termasuk memperbaiki ranking pasukan Malaysia.

RASMI: Malaysia Naik 7 Anak Tangga Ranking FIFA