Bekas pemain skuad kebangsaan Korea Selatan pada era 80 dan 90an, Kim Byung-soo dilaporkan menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana selain Byung-soo, ada beberapa calon lain dari Jepun dan Australia yang sedang dikenal pasti.

Jurulatih berusia 51 tahun itu setakat ini sudah mengendalikan tiga pasukan iaitu Yeungnam University, Seoul E-Land dan kelab terakhir yang dikendalikannya ialah Gangwong FC.

Ketika mengendalikan Gangwon, Byung-soo mempunyai corak permainan yang tersendiri dan media di Korea telah memberikan gelaran kepada corak permainan yang diterapkan oleh Gangwon iaitu Byungsoo-ball.

Ketika musim 2020, Gangwon banyak menggunakan formasi 4-3-3 dengan dua pemain tengah bertahan dan pemain pertahanan kiri dan kanan diberikan tugas untuk berada di posisi lebih wide bagi membantu pemain sayap. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai corak permainan yang diterapkan oleh Byung-soo di sini.

Sebelum ini, ada empat jurulatih dari Korea Selatan yang berada dalam senarai pendek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih pasukan negara.

Empat nama yang dimaksudkan ialah Kim Pan-goh yang ketika ini beliau memegang jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Penyeliaan skuad kebangsaan Korea Selatan. Seterusnya ada Kim Hak-bum yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad B-23 Tahun Korea Selatan. Dua lagi nama ialah Park Jin-seop dan Kim Byung-soo.

Apa yang pasti, FAM perlu membuat pilihan bijak dan tepat kerana pasukan negara memerlukan ketua jurulatih yang berkaliber untuk mengharungi saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada Jun ini.

Tan Cheng Hoe meletak jawatan setelah pasukan negara gagal untuk melepasi saingan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2020.

Malaysia mencatat dua kemenangan awal iaitu ketika menentang Kemboja dan Laos namun tewas pada dua aksi seterusnya di tangan Vietnam dan Indonesia sekaligus gagal untuk menepati sasaran mara ke perlawanan akhir seperti yang telah ditetapkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan pasukan kebangsaan di sini:

Senarai Calon Ketua Jurulatih Baharu Skuad Harimau Malaya

RASMI: Scott O’Donell Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal FAM Yang Baharu, Isi Kekosongan Selepas Ong Kim Swee

Datuk Ong Kim Swee: KPI Jurulatih Baharu Layak Ke Piala Asia 2023