Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang menyatakan beliau sedia untuk kembali ke dunia kejurulatihan setelah berehat selama tiga tahun.

Kiatisuk yang turut digelar sebagai “Zico Thailand” dianggap sebagai ketua jurulatih terbaik di Asia Tenggara selepas beliau meraih beberapa kejuaraan ketika mengendalikan skuad B-23 Tahun dan juga pasukan senior Thailand pada 2013 hingga 2017 lalu.

Menurut Zico, beliau sedia kembali menjadi ketua jurulatih sekiranya ada tawaran menarik dan lumayan diberikan kepada beliau.

Senamuang
Sumber Gambar: Football Channel Indonesia

“Jika ada tawaran yang sesuai, saya mahu kembali menjadi ketua jurulatih. Saya mempunyai tabiat iaitu makan, minum dan tidur memikirkan mengenai bola sepak.

“Saya sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan bola sepak Thailand. Saya mengambil berat mengenai pemain, bermula dari usia muda hingga yang sudah menginjak profesional. Saya mahu kembali dan membantu mereka untuk meningkatkan tahap permainan.

Senamuang
Sumber Gambar: AFF Suzuki Cup

“Saya masih mempunyai banyak masa untuk memikirkannya. Sebelum ini, saya menolak beberapa tawaran kerana masanya belum sesuai. Kini saya sudah bersedia untuk kembali. Saya sememangnya tidak mahu berpisah dengan bola sepak,” kata Kiatisuk Senamuang.

Pasukan Liga Malaysia boleh mengambil khidmat Kiatisuk kerana beliau sudah arif tentang persekitaran bola sepak Asia Tenggara. Pengalaman yang dimilik serta corak permainan yang diterapkan beliau dilihat boleh membantu kelab Malaysia untuk maju ke hadapan.

Baca artikel lain mengenai Kiatisuk Senamuang dan Thailand di sini:

Charyl Chappuis Mahu Kembali Barisi Pasukan Kebangsaan Thailand

“Zico” Thailand Anggap Vietnam Pasukan Terbaik Di Asia Tenggara

Bekas Pemain Yang Berusia 55 Tahun Ini Ambil Ujian Kecergasan Untuk Kembali Beraksi Dalam Liga Thailand