Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang menggesa pemain bintang pasukan itu, Chanathip Songkrasin agar tidak melupakan impian untuk beraksi di Eropah.

Kiatisuk atau yang lebih dikenali dengan panggilan Zico pernah mengendalikan Chanathip sewaktu bersama Thailand dan beliau mahu pemain yang mesra disapa Messi Jay itu tidak melupakan impian beraksi di bola sepak Eropah ataupun mempunyai pemikiran yang pencapaian tersebut tidak dapat diraih.

Dalam satu rancangan di laman YouTube beliau, Zico yang ketika ini menjadi ketua jurulatih kelab Vietnam, Hoang Anh Gia Lai memberi kata-kata nasihat kepada pemain Hokkaido Consadole Sapporo itu.

“Jangan pernah lupakan impian untuk beraksi di Eropah dan jangan pernah berfikir perkara itu tidak dapat dicapai,” katanya.

Senamuang

Sumber Gambar: Facebook Chanathip Songkrasin

Chanathip sering dikaitkan dengan perpindahan ke Eropah setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama Consadole Sapporo dalam saingan Liga Jepun.

Media Thailand pernah melaporkan ejen Chanathip pernah menghantar butiran mengenai pemain itu ke kelab Sepanyol, Elche namun tiada perkembangan lanjut mengenai perkara tersebut.

Ketika ini, Thailand mempunyai beberapa pemain yang beraksi di Eropah antaranya bekas ketua pasukan skuad kebangsaan, Kawin Thamsatchanan (OH Leuven) dan Thanawat Suengchitthawon (Leicester City).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Selepas 28 Tahun Liga Profesional Dilancarkan, Kini J.League Disiarkan Secara LIVE Di 66 Buah Negara

Insiden Video Rasis, Konami Tamatkan Kontrak Griezmann, Rakuten Minta Penjelasan Barcelona

Lalenok United Dan Visakha Tolak Tawaran Jadi Tuan Rumah Saingan Piala AFC Zon Asean

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group