Bekas pengendali skuad kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang diangkat sebagai jurulatih terbaik serta paling berjaya di Asia Tenggara pada abad ini.

Baru-baru ini, laman Asean Football menyenaraikan 8 jurulatih yang pernah membimbing pasukan Asia Tenggara dan memenangi kejuaraan Piala AFF Suzuki sejak 2010.

Kiatisuk menduduki tempat pertama setelah membantu Thailand memenangi dua kejuaraan, iaitu pada 2014 dengan menewaskan Malaysia di perlawanan akhir dan 2016 dimana mereka menundukkan Indonesia.

Tiga jurulatih dari Malaysia turut tersenarai iaitu Datuk K.Rajagobal, Tan Cheng Hoe dan Dollah Salleh. K.Rajagobal membantu Malaysia memenangi Piala AFF pada 2010 manakala Dollah dan Cheng Hoe membimbing skuad Harimau Malaya muncul naib juara pada edisi 2014 dan 2018.

Tactician Vietnam, Park Hang-seo dan bekas pengendali Singapura, Radojko Avramovic turut tersenarai dimana kedua-dua jurulatih pernah memenangi edisi pada 2018 dan 2012.

Kiatisuk Senamuang
Park Hang-seo menjadi arkitek utama di atas kejayaan pasukan Vietnam.

Dua lagi jurulatih yang tersenarai ialah Alfred Ridl yang membimbing Indonesia muncul naib juara Piala AFF sebanyak dua kali serta Winfried Schäfer yang membantu Thailand muncul naib juara pada 2012.

Baca artikel lain mengenai Kiatisuk Senamuang dan pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Kiatisuk Senamuang Sedia Kembali Ke Dunia Kejurulatihan Setelah Lama Berehat

Charyl Chappuis Gesa Thailand Segera Bangkit Dan Cabar Gergasi Asean Yang Lain

Thailand Mahu Dapatkan Khidmat Thanawat Suengchitthawon Bagi Sertai Skuad B-23 Tahun