Bekas penyerang skuad kebangsaan, Khyril Muhymeen kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan apabila beliau sah menyertai kelab yang berpangkalan di Lembah Klang.

Kelab yang dimaksudkan ialah Petaling Jaya City FC dimana skuad bimbingan P.Maniam itu mengumumkan ketibaan Khyril menerusi laman media sosial rasmi pasukan.

Khyril beraksi bersama pasukan Selangor dalam saingan Liga Malaysia musim 2020. Setelah lama menghilang ekoran daripada kecederaan yang dialami sekaligus menyebabkan peluang beliau beraksi di peringkat tertinggi sedikit terbatas, pemain berusia 33 tahun itu membuat kemunculan pada musim 2019.

Dibawah kendalian B.Satianathan, Khyril Muhymeen diletakkan sebagai pemain sayap berbanding posisi sebenar beliau iaitu penyerang. Meskipun diletakkan di posisi yang sedikit berbeza, namun Khyril berjaya menampilkan prestasi terbaik dimana beliau membantu Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-3 selain mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia.

Khyril Muhymeen
Aksi Khyril ketika perlawanan menentang PJ City FC.
Sumber Gambar: FA Selangor

Bagi musim 2020, Khyril tidak mendapat banyak peluang beraksi kerana saingan liga yang dipendekkan ekoran wabak Coronavirus (COVID-19) yang melanda negara ketika ini.

Pengurusan pasukan kemudiannya tidak memberikan kontrak lanjutan kepada Khyril sekaligus beliau menyertai PJ City sebagai destinasi beliau yang seterusnya musim hadapan.

Petaling Jaya City FC dibimbing oleh bekas ketua jurulatih Selangor, P.Maniam dan bakal menggunakan sepenuhnya tenaga pemain tempatan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Datuk Verdon Bahanda: Drama Individu Dalam SAFA Belum Tamat, Dato’ Sri Bung Mokhtar Peneraju Baharu SAFA

Kurniawan Dwi Yulianto Bakal Bergandingan Dengan Irfan Bakti Di Kuching City FC

Kedah Darul Aman Belanja Sakan, Bawa Pulang Bekas Pemain