Pemain sayap Selangor, Khyril Muhymeen Zambri, memilih Rosdi Talib sebagai pertahanan kiri yang paling kental pernah dihadapinya sepanjang beraksi di Liga Malaysia.

Jelas Khyril, dia menyifatkan bekas pemain kebangsaan itu sebagai seorang pemain yang bertenaga serta bijak mengenal pasti kekuatan serta kelemahan pemain lawan.

Baginya, pengalaman ketika berdepan Rosdi yang pada masa itu mewakili Pahang serta T-Team sebagai sesuatu yang berharga untuk meningkatkan lagi kualitinya sebagai pemain posisi sayap kanan.

Khyril Muhymeen
Damien Johnson of Birminghan City (L) has his hand pulled by Rosdi Talib of Malaysia during the FA Premier League Asia Cup in Kuala Lumpur, 26 July 2003. Birmingham beat Malaysia 4-0. AFP PHOTO / Jimin LAI (Photo credit should read JIMIN LAI/AFP via Getty Images)

“Ketika di awal karier bersama Kedah, memang tiap kali bertembung dengan Rosdi pasti memberi kesukaran kepada saya untuk melepasi kawalannya.

“Dia seorang pemain yang tahu bagaimana hendak masuk melakukan asakan yang betul serta bijak dalam memberikan tekanan kepada pemain lawan.

“Walaupun saya bertemu Rosdi ketika penghujung karier, dia masih antara pertahanan kiri terbaik yang saya pernah hadapi serta menjadi pengalaman paling berharga kerana dapat bertemu pemain sekualitinya,” katanya.

Khyril Muhymeen
Sumber Gambar: MFL

Rosdi menjadi antara salah seorang pemain dalam Pilihan Best XI Khyril dengan bekas pemain import Kedah pada 2004 hingga 2008, Cornelius Bernard Huggins dan bekas pemain kebangsaan Norhafiz Zamani serta S Kunanlan melengkapkan barisan pertahanan.

Penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias menjadi pilihan Khyril manakala Ashari Samsudin mengisi bahagian sayap kiri diikuti Baddrol Bakhtiar di sebelah kanan dan bahagian tengah dikemudi Nelson Sam Martin serta Safiq Rahim.

Dua penyerang menjadi pilihan Khyril ialah dua bekas penyerang Kedah, Marlon Alex James dan Akmal Rizal Rakhli.

Nelson Sam Martin
Nelson Sam Martin. Sumber Gambar: Facebook Nelson Sam Martin

Dalam masa sama, Khyril mengakui dia sebenarnya seorang peminat Akmal ketika dalam awal pembabitannya bersama skuad Kedah serta menjadikan pemain itu sebagai idolanya.

“Ketika saya berumur 16 ke 17 tahun dan bersama akademi, saya selalu pergi menonton latihan pasukan senior selepas latihan kami tamat dan Akmal sering kali menjadi pemain yang paling mencuri perhatian.

“Dia umpama idola saya pada waktu itu yang menjadikan saya kian bersemangat untuk bermain bola pada waktu itu kerana mahu jadi sepertinya.

“Bagi saya, Akmal seorang penyerang tulen yang sukar dicari jika dilihat pada teknik gelecekan dan kekuatan tendangannya secara keseluruhan.

“Akmal juga seorang tajam menyudahkan peluang di depan pintu gol dan saya rasa dia antara penyerang terbaik yang pernah saya jumpa,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Peluang Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia 2023 Boleh Terjejas Jika Liga Malaysia Dibatalkan

Kobe Chong Beri Bayangan Beraksi Bersama Skuad Harimau Malaya

MUSA Lunaskan Tunggakan Gaji Pemain Bagi Bulan Februari